Monday, May 25, 2009

surat yusuf kepada zulaikha

kepada zulaikha
yang berhati mulia,

telah aku terima suratmu dan telah ku baca isi-isinya, pertama aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga keran engkau sudi menulis surat untukku. engkau telah luangkan waktumu dengan kesanggupanmu menulis surat itu. semoga ALLAH menggantikan waktumu dengan waktu yang lebih indah.

kedua, membaca surat-suratmu, menyebabkan aku mengenali siapa diriku sendiri. menyedari keikhlasanmu meluahkan prasaan itu. aduhaaiii....adalah sungguh bertuah seorang Yusuf menerima anugerah kejujuran hati dan rahsia jiwamu.

zulaikha,
aku tidak pernah bermaksud untuk membuat kau menunngu, cuma aku perlukan sedikit masa untuk berfikir tentang, apakah jawapan yang layak untuk ku berikan kepadamu.

wahai zulaikha..
engkau berterus-terang bahawa, kau mencintaiku. apalah ada dengan seorang pemuda miskin seperti aku jika mahu dibandingkan dengan dirimu? gadis yang wajahnya bercahaya sepertimu tentu banyak menarik dari sang pemuda di luar sana. jika aku tidak menawarkan cintaku padamu, itu kerana aku menyedari bahawa siapa diriku dan siapa engkau.

aduh zulaikha..
zulaikha, aku tidak berniat untuk menolak cintamu, namun jujur ku katakan bahawa aku berdoa kepada ALLAH SWT agar engkau ditemukan dengan pemuda yang benar-benar layak mencintaimu. aku hanya ingin engkau tidak dibakar oleh emosi ketika engkau mencintaiku

zulaikha..
pengetahuanku tentang cinta hanya terdiri dari empat kata. pertama, ALLAH menakdirkan bahawa setiap manusia itu berpasang-pasangan dan saling mencintai.
kedua, lelaki dan perempuan itu merupakan asas kepada rumahtangga itu sendiri.
ketiga, cinta adalah suci kerana ia hadir dari YANG MAHA ESA.
keempat, cinta ditanamkan dalam diri setiap makhluk agar mereka menjadi suci dan terjalin kehidupan berumahtangga.

untuk itu zulaikha, aku hanya bisa berkata, jika engkau benar-benar mencintaiku, marilah kita serhakan kepada takdir. jika ALLAH telah menentukan kita bersatu, maka kita tidak bisa berlari darinya. dan jika ALLAH telah mentakdirkan bahawa kita tidak semestinya beersatu, harus kita terima takdir tersebut dengan perasaan redha dan ikhlas....

No comments: