Tuesday, September 28, 2010

OK ke TIDAK?

selama harini aku tak rasa aku selalu menyakiti hati orang. RASA-RASA nye lah kan. tapi kalau orang tu dah memang menyakitkan hati akan aku menyakitkan hati beliau kembali. tapi jugak, kadang-kadang manusia ni buat silap. kadang-kadang jugak apa yang aku cakap kot-kot ada yang terasa hati AKU MINTAK MAAF ok!

semenjak bermenjak-menjak ni aku rasakan ada dikalangan kawan-kawan aku yang mula menunjuk kan aksi sombong terhadap aku. mula-mula aku rasa "takpa lah.kawan lain ada jugak.." tapi secara am nya jauh di satu sudut hati aku ada terdetik rasa kecik hati dengan mereka ini. memori indah bersama bagaikan telah menepis perasaan "takpa" itu sendiri.aku ada menyakiti hati mereka ke?

dulu, makan sama-sama. minum ABC sama-sama. minum teh tarik special sama-sama. tahan mengantuk dalam hutan sama-sama. kena marah sama-sama. aku menangis dia tengok. dia "menagis" aku tengok. dia jadi stalker untuk aku. aku tukang tapis pilihan hati dia. dia pendorong semangat bila aku penat. aku pendorong semangat bila dia malu. susah senang kira sama- sama lah kami harungi.

tapi entah mana silap nya. kereta kami selisih dia buat taktau je. kalau dulu baru nampak bayang kereta aku, sepuluh batu aku dah nampak dia melambai. sekarang ni, tinggal aku je la tersengeh sorang-sorang nampak bayang kereta dia.

silap aku jugak. aku dah kurang bagi moral support kat beliau dalam aktiviti yang di ceburi. bukan aku taknak bagi sokongan. kalau aku terlibat sama, kerja aku yang tertangguh akan bertambah menangguh kan diri dan akibat nya aku dapat gred "TS" untuk thesis aku ni. YA ALLAH mintak di jauh kan semua itu.
cukuplah aku doakan kejayaan dan keselamatan kalian.ke tak cukup jugak?

yang pasti pilihan itu adalah untuk kejayaan kita sendiri. yang penting kena pandai memilih. aku masih lagi berusaha untuk memilih yang terbaik dan mencari kesempurnaan. tapi kesempurnaan itu adalah milik kekal ALLAH SWT.kita sebagai hamba NYA perlu memilih yang terbaik untuk kesempurnaan yang semampunya.

takpa lah..aku doa kan beliau berjaya dunia akhirat bersama kawan-kawan baru beliau..