Sunday, August 14, 2011

hoi !

HOI ! last post aku on january 11th 2011 !
sekarang August 14th 2011.
tskk tskk tskk..

lupa ade blog..








alaa...update pun bukan ade yang nak follow..










nantilah aku update lagi !











byeee~

Tuesday, January 11, 2011

hai !

hari yang ke-11 tahun baru 2011.
ni kira entri tahun baru aku laa..

setakat 11 harini..banyak jugak benda baik yang berlaku.
ALHAMDULILLAH.

pergi interview haritu result pun dah dapat.
16 FEB 2011 kena report duty kat SEACERA. kilang tiles. jadilaaahhh.. kita kena bersyukur dengan apa yang ada. dilantik sebagai production trainee.

jauh di sudut hati..aku menanti-nanti panggilan dari tempat aku practical dulu. aku seronok kerja sana. tapi ayah aku kata "pergi la seacera ni..kat selayang jer.. 10-15minit dah sampai. yang mana datang dulu grab it fisrt.

entah-entah orang kat tempat lama tu tak bukak offer lagi..klaw tolak yang ada depan mata ni kang rugi..

ayah aku menambah lagi ingat ade degree bley trus jadi CEO ke?

hah! amek tuu..mendalam jugak maksud ayah aku.
lama aku fikir.......
takpa lah..takkan tak nak kerja kot! dah kerja ni walau gaji seciput pun skurang-kurang nya bley tolong mak ayah aku. baya duit kreta ke. duit minyak baya sendiri ker. duit ptptpu pun dah bley stat bayar.

umur pun makin tahun makin lanjut. takkan nak bergantung harap kat mak ayah aku lagi kan..ayah dah pencen. mak nak tanggung adik-adik skolah lagi..

lepas tu. benda seronok kedua;
aku ada rasa la adik beradik aku yang sorang tu nak menamat kan zaman solo dia.
tak tahun ni tahun depan.
mak aku tak nak tahun ni dia kata NERVOUS PLAK! MACAM DIA YAG NAK KAHWINN!!
ayah aku kata lagi cepat lagi bagus..klaw takda duit pegi pejabat kadi jer..buat yang wajib. tak berdosa kan selagi kita tak sorok kan..dah nikah bagitahu jiran-jiran yang kita dah kahwin majlis meraikan je tak buat sebab masalah kewangan. orang ramai nak cakap belakang dorang punya pasal.
ambooooiiiii~ senang je aku sebut..ingt semudah itu ke?



benda best ketiga;
aku dah daftar sebagai ahli pusat senaman! waahhh!
samada ahli aktif atau tidak...kita tunggu dan lihat! kehkehkehkehkehkeh!
berbulan aku fikir, nak join ke tak nak.
bila cakap dengan sekian-sekian orang..hampir-hampir aku patah semangat nak join!
tapi aku nekad jugak untuk menyertai aktiviti ini memandang kan darah aku kejap naik kejap turun kat kepala ni. risau jugak. nak jogging kat sekitar-sekitar ni..tak semangat langsung! entah la kenapa.
banyak sangat kot duit ni nak melabur kat tempat itu!
ayah aku bising jugak.
tapi aku kata klaw dah bayar-bayar ni mesti semangat sikit! ngeeheeheehee~

lepas tu, benda seronok ke-4!
12hb JANUARI birthday aku yang ke 24!
24tahun beb! mak aku kahwin umur dia 24.
aku ni umur 24tahun tekedek-kedek lagi depan komputer riba
siang ikan pun tak tahu! eeeiii..buat malu jerrr..


ok.dah!