Tuesday, January 12, 2010

selamat harijadi amalina!!!

dah 23 tahun dah umur aku ni..
masa aku kat PLKN dulu..(aku ni ex-wirawati taw!!) cikgu nora tu cakap..umur tu sekadar nombor je..yang penting diri kita ni..

aku suka istilah "BELUM TUA..TAPI DAH MATURED.."
sesetengah orang kata.."life begin at 40"
tapi yg umur 40 pun kadang-kadang lagaknya macam 14tahun..
entah laa.dunia..dunia..

doa aku untuk umur tahun ni..

semoga panjang kan lah umur aku untuk terus menikmati nikmat2 yang belum dinikmati..
semoga kejayaan akan sentiasa bersama aku..
semoga rezki tu murah sentiasa..
semoga apa yang di impikan termakbul..
semoga beseri sentiasa..hihihi
semoga sihat tubuh badan..takde penyakit mudarat..
semoga sihat akal fikiran
semoga dirahmati ALLAH Taala sentiasa..
semoga diberi petunjuk dan hidayah..
semoga ditetapkan iman..dan di kuat kan semangat..
semoga berubah diri dari kurang baik kepada lebih baik
dengan izin NYA insya allah

amin ya rabbana alamiiinnnn~




tiup lilin sikittt....ngeheheh!

Saturday, January 9, 2010

teguh lagi berdiri

bermulalah kisah baru, lembaran baru, buku baru, kitab baru atau apa saja yang boleh aku garap dan isi di dalam nya tentang diri aku.
tahun 2010 ni bakal menjadi sebahagian dari cabaran yang perlu aku dan family tempuhi.
aku doakan semua nya lancar..dengan izin NYA-insya ALLAH..

memula, daddy dah decide untuk berhenti kerja..dia kata "tahun ni mmg tahun untuk bersara, dah lama rasanya kerja dengan orang..daddy rasa nak quict. bisnes is still a bisnes..so i'm TRYING to running mine.." semua senyap..
jauh di sudut hati aku..aku tak suka bisnes..biarlah daddy kerja makan gaji pun..janji kita semua happy!bukan nya klaw dah ada bisnes sendiri kita tak happy..tapi..pasti dalam bisnes ni nanti akan ada cubaan, dugaan, ujian, cabaran dan macam-macam lagilah bakal dihadapi..itu yang aku takut. aku ada masalah FEAR OF FAILURE.insya ALLAH..semua selamat..aaammiiinnnn =_=

masa failed beberapa subject aku tak takut pulak!! tapi mungkin disebabkan aku rasa aku masih ada peluang utk memperbaiki silap2 lampau tu..tapi memandang kan 2010 ni juga adalah tahun keempat aku belajar tahun akhir aku mengerah tenaga minda untuk excel dalam study..ketakutan tu datang dalam diam..aku dah mula risau kan CGPA aku..bley ke lagi dua sem je ni aku nak pulun habis-habisan..aku taknak mummy dan daddy kecewa dengan aku setelah berbangga masa akak grad dulu..aduuuhhhh..lemah rasa!

pesanan daddy dan mummy tahun ni;

"ingat..daddy dah takde gaji bulan-bulan mcm dulu..
might be kita tak sesenang like before..
bukan tak nak bagi kesenangan..tapi BERPADA-PADA laah..
akak dah boleh dikategorikan sebagai "dah selamat"
adik, habis blaja jangan buang masa..cari kerja cepat-cepat..klaw tak kerja dengan daddy..
tinggal intan dengan doddy nie..nak kena settle kan..


semua diam je
tak taw laahh
faham ke
setuju ke
ingkar dalam diam ke
....................


semoga kejayaan akan terus bersama kita..
semangat tabah dan yakin diri kekal di sisi
teguh la wahai diri kita!

Sunday, January 3, 2010

alamak! dah lambaatttt...!!!

blog aku sememangnya di anak tirikan oleh aku..tak sengaja..tak berniat sekalipun untuk menganak tirikan..tiba-tiba je rasa kurang rajin untuk berkongsi, meluahkan cerita disini..tapi kali ni rajin sikiittt je

bulan disember, bulan yang cukup sibuk untuk aku dan keluarga.
setiap minggu ada saja majlis untuk di attend. bermula dengan majlis "gah" pertunangan abang Effy.mula-mula aku ingat nak pergi..siap dah tempah baju kaler pink lagi..nak ikut tema la katakan..last-last..hampeh..daddy kata "tayah pegi ramai-ramai la..betunang je pun.." aku dan kakak dan juga cousins ku mira dan ina melencong ke alamanda.yayyy~

minggu berikutnya..pergi langkawi..hajatnya ke pulau pangkor. tah macam mana boleh tersesat sampai langkawi. langkawi, dah tak berapa nak best! pergi pulak time tengah cuti..orang kata memang peak hours la..servis teruk-teruk..kereta sewa susah nak dapat.dengan orang yang ramai GILA! bersesak-sesak di setiap penjuru kedai..kalau tak ramai..dah lama aku borong coklat kat HJ ISMAIL GROUP tu.. pergi makam mahsuri dengan beras terbakar je..itupun buang peluh je.pada pandangan saya..tempat tu menarik..tapi tak cukup menarik perhatian saya secara peribadinya..ewwah..aku kan komentar bertauliah..tak sempat pergi pantai ke cable car ke disebabkan kesuntukan masa.haishhh

kemudian minggu berikutnya..bertubi-tubi majlis kahwin..sehari sampai dua kali.siang dan malam.selamat pengantin baru untuk kawan ku Nurina Fauzan (26dis), jiran ku kak Farah (26dis) dan sepupu ku kak Nurul (27dis). kak Tiza (19dis) aku punya senior.

cerita-cerita aku memang dah lambat untuk di kongsi pun. tapi...lantaklah!
selamat tinggal 2009! semua kenangan kita bersama akan aku sematkan dalam sanubari..ewwah!

dan kini..kemunculan 2010 yang mendebarkan.
umur bertambah satu..
kerja bertambah banyak..
komitmen yang menggunung
azam?
tak pernah terlintas untuk berazam
cuma berdoa dan berharap mampu mengekalkan iltizam untuk mencapai kejayaan
semoga tak goyah hati..tak hilang pedoman..tak lalai..dan terus waras.
amin ya rabbana alamin...