Thursday, May 28, 2009

merajok!

"angah..jangan la kacau intan tu..dia kan nak SPM tahun ni..jangan bagi dia stress sangat.."
WHHAAATT??!!! Bila masa aku kacau dia! Aku suruh dia basuh pinggan je..minah tu stress? haram jadah laa..cakap phone dengan Jonathan menangis-nangis..pastu aku pulak yang kena!! Mintak maaf laa..aku tade masa nak kacau-kacau orang..dulu ye la..mummy kata aku suka cari pasal. Itu dulu. Apasal dia nak SPM orang lain kena jaga perasaan dia..hati dia..orang lain punya hati tayah di jaga?Padahal dia mana taw apa-apa..sibuk dengan dunia dia sendiri..bila orang tego die melantun!
Kenapa masa aku SPM dulu tade orang nak jaga hati dan perasaan aku? tade orang yang akan kena marah kalau kacau aku? kalau aku cakap ini tak adil..tak boleh..aku dah mula rasa di abaikan........

Wednesday, May 27, 2009

hari isnin lepas..seluruh pelosok seksyen 6 blackout! dah lama aku tak merasa blackout-blackout ni.. ni gara-gara orang curi cable! selagi tak kena karan..selagi tu dorang nak curik-curik cable tu..kang dah kejung kena karan..baru taw! mula-mula bley sengih-sengih lagi..lama-lama..nyamuk dah berdondang sayang..siap joget lambak lagi..hati aku mula panas! orang negeri sembilan kata "hangekk dah tubohh nie..bopoloh joghok la haa..!!" masa tu la daddy ajak keluar..dia kata nak bawak "beatle" aku jalan-jalan..so intan tu pantang orang nak keluar..ada je yang dia kirim..kali ni kirim burger plak. kami pun pergi la cari burger..yang ada masa tu burger otai kat au5 tu..depan skate park..dah la mahal..lambat pulak kerja dia! tapi tak bley salah kan penjual burger tuu..dia sorang je yang kerja..dan malam tu mungkin rezeki dia..ramai pulak yang membeli..beli bukan sebijik dua..nak lima bijik je! kesian pulak..aku tunggu bawah pokok tu..dah posing ala-ala tahan pokok tu nak tumbang dah..rupanya daddy duduk kat tepi gerai burger tu..dia berpikir-pikir sekali..ada ke nak bukak gerai burger jugak. pastu suruh aku yang handle..katanya sebab aku tengah cuti kan..hah! tanak lahh!! ada ke perempuan jual burger..dalam hati ni rasa.."apa kelassss.."hahah~

tapi hakikatnya..aku tak peka dengan sekeliling aku..aku tak fokus..orang sekarang semua nak meniaga..macam-macam cara orang buat..aku pulak kalau boleh tanak meniaga..aku tak reti!! bukan sebab "apa kelassss" tuu.. tak reti tu aku jadikan alasan.aku percaya yang rezeki tu ada kat mana-mana..takda spesifik tempat untuk rezeki tu berlabuh..tapi kan 90% rezeki itu datang dari meniaga. camana nihh!

Monday, May 25, 2009

surat yusuf kepada zulaikha

kepada zulaikha
yang berhati mulia,

telah aku terima suratmu dan telah ku baca isi-isinya, pertama aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga keran engkau sudi menulis surat untukku. engkau telah luangkan waktumu dengan kesanggupanmu menulis surat itu. semoga ALLAH menggantikan waktumu dengan waktu yang lebih indah.

kedua, membaca surat-suratmu, menyebabkan aku mengenali siapa diriku sendiri. menyedari keikhlasanmu meluahkan prasaan itu. aduhaaiii....adalah sungguh bertuah seorang Yusuf menerima anugerah kejujuran hati dan rahsia jiwamu.

zulaikha,
aku tidak pernah bermaksud untuk membuat kau menunngu, cuma aku perlukan sedikit masa untuk berfikir tentang, apakah jawapan yang layak untuk ku berikan kepadamu.

wahai zulaikha..
engkau berterus-terang bahawa, kau mencintaiku. apalah ada dengan seorang pemuda miskin seperti aku jika mahu dibandingkan dengan dirimu? gadis yang wajahnya bercahaya sepertimu tentu banyak menarik dari sang pemuda di luar sana. jika aku tidak menawarkan cintaku padamu, itu kerana aku menyedari bahawa siapa diriku dan siapa engkau.

aduh zulaikha..
zulaikha, aku tidak berniat untuk menolak cintamu, namun jujur ku katakan bahawa aku berdoa kepada ALLAH SWT agar engkau ditemukan dengan pemuda yang benar-benar layak mencintaimu. aku hanya ingin engkau tidak dibakar oleh emosi ketika engkau mencintaiku

zulaikha..
pengetahuanku tentang cinta hanya terdiri dari empat kata. pertama, ALLAH menakdirkan bahawa setiap manusia itu berpasang-pasangan dan saling mencintai.
kedua, lelaki dan perempuan itu merupakan asas kepada rumahtangga itu sendiri.
ketiga, cinta adalah suci kerana ia hadir dari YANG MAHA ESA.
keempat, cinta ditanamkan dalam diri setiap makhluk agar mereka menjadi suci dan terjalin kehidupan berumahtangga.

untuk itu zulaikha, aku hanya bisa berkata, jika engkau benar-benar mencintaiku, marilah kita serhakan kepada takdir. jika ALLAH telah menentukan kita bersatu, maka kita tidak bisa berlari darinya. dan jika ALLAH telah mentakdirkan bahawa kita tidak semestinya beersatu, harus kita terima takdir tersebut dengan perasaan redha dan ikhlas....

Wednesday, May 20, 2009

surat zulaikha kepada yusuf

aku berasa malu apabila seorang gadis sepertiku, menulis dan mengirimkan surat buatmu. kuhancurkan kemuliaanku sebagai gadis yang nekad bertanya tentang dirimu. tetapi Dmi ALLAH, hasrat ku untuk menulis ini lebih besar dari perasaan maluku. Dan keinginan ku untuk mengungkapkan rahsia jiwa ini lebih besar dari segala sopan santun yang harus dijaga oleh seorang gadis kepada seorang pemuda sepertimu.

yusuf, melalui surat ini, aku ingin meluahkan segala yang bermain di fikiranku, perasaan ku dan juga hatiku. semua yang ada dijiwaku bermula di sungai itu, kala engkau menatap mataku, lalu kau ucapkan kata-kata maaf. aduhai yusuf..itulah hari yang paling indah dalam hidupku. sungai itu menjadi saksi akan kebahagiaan ku, mendapatkan senyumanmu. aku seberangi sungai dengan jiwa yang melayang, aku jauhi desamu dan dirimu dengan hati yang girang, seperti hati yang telah sembuh dari derita.

maafkan aku yusuf, kerana aku telah meluahkan rahsia yang selama ini aku pendamkan. mungkin engkau akan menilaiku sebagai seorang gadis yang tidak baik. tetapi, ketika kepulanganku, hatiku rupanya tertinggal di desamu. dan ketika aku kembali bergelar mahasiswi, fikiranku hanya terbayangkan keindahanmu, di mataku sentiasa terlihat dirimu. mengundahkan perasaanku, melelehkan air mataku, semakin kerap bayang-bayangmu bermain di mataku.

yusuf, sungguh aku ngin bertemu denganmu semula, aku ingin kembali manatap wajahmu, mendapat senyumanmu yang indah. apakah engkau rasakan apa yang aku rasakan ini yusuf?

tetapi, walau apa jua yang kau katakan. aku tetap menerimanya. baik buruk perkataanmu adalah baik untuk diriku. jika engkau menolak perasaan ini, aku tetap bahagia kerana telah meluahkannya. jika dalam surat itu kau menolak cintaku, aku tidak akan menysal..

p/s: aku mula menjadi seorang yang berjiwa-jiwa.. (: ada baiknya aku menjadi seberani zulaikha..meluahkan yang tersingkap di hati..tapi bila..

Tuesday, May 19, 2009

fheewwwww~

aku berkata pada diriku sendiri
lemparkanlah kedukaan itu sejauh-jauh nyaaa..
berbahagialah
sebab kedukaan itu sesungguhnya tidak pernah ada!

aku sedang menghayati "KITAB CINTA YUSUF DAN ZULAIKHA"
bila agaknya akan dipertemukan kepada ku sang yusuf..
fheewwwww~


Friday, May 8, 2009

haa..haa..dan haa..

finally..habis jugak presentation untuk project aku tu..yang julung-julung kalinya di present kan..nervous nak present punya pasal lain macam kali ni..tak macam presentation yang selalu kami buat untuk subject lain..antara tanda-tanda nya:
1)mulut tak berhenti membebel (cakap merapu)
2)tak bley duduk diam (pusing sana..pusing sini)
3) keluar masuk toilet 2-3 kali.(lancar pulak sistem kumbahan)
4)asek sengeh-sengeh macam kerang wangi.


sampai satu tahap..member sound.."ko aphal? cam nak beranak dah aku nengok" (die org johor) "tenang je.." agaknya nak pergi interview kerja ada lagi ke simptom-simptom camtu jadi kat aku lagi....


aku rasa dah cukup bertungkus lumus dah kami usahakan project wing-in-ground effect ni..cuma tak apply kan dia untuk jadi aircraft betul je..tak cukup lagi ke? "Mr.Basim..you didn't know what exactly we're working on..you just dont understand our scope..and your scope COMPLETELY DIFFERENT from ours,sir!"


ada ke suruh doktor buat surgery dalam aircraft..ada ke rakyat malaysia yang tinggi dia sampai 2.3meter..suka hati kau lahh..yang penting Prof ayah din dah kata.. "dia taktaw ape kite buat tu.." lega aku dengar..

dan aku masih dengan perasan yang mahu.."haa..haa..haa..haa..dan haa.." setiap hari

Saturday, May 2, 2009

ini bulan mei

pagi tadi aku bangun sebab dikejut kan oleh suara sumbang doddy yang memekik..
"yeay..yeay..bulan mei..!!"
"lagi 24hari lagi..yeay..yeay.."
dalam hati aku.."siot punya budak..!!"
yelaa..tengah seronok tido lepas subuh..dia dah memekak!
mentang-mentang dia jenis bangun awal...
birthday dia bulan ni!!!!
hampeh!!
daddy kata..aku ngan kakak masa kecik-kecik dulu tade pesan-pesan kat orang pasal birthday kita
"kalau mummy ngan daddy tak ingat korang pun tak ingat"
doddy ngan intan je..intan pun kurang sikit.tapi still ada jugak.
masa kecik-kecik dulu..mana nak ingat tarikh..
sekarang aku ingat la!!
bulan ni saja:
2may>> che
9may>>aida
2nd week of may>>mother's day
16may>> hari guru..haha! ingat ni..!!
24>> kakak
25>>doddy
ada lagi ke tarikh-tarikh yang kena ingat bulan may ni??

ada..nurses day..mummy aku nurse dulu..tapi bila tarikh dia..aku lupa! tapi nanti mummy mesti bagitau!

Friday, May 1, 2009

u gotta hide your love away..huh!

walaupun dah hampir 3bulan berlalu..

"tinggi-tinggi gunung kinabalu..
tinggi lagi sayang sama kamu
biru-biru hujung kinabalu..tengok dari jauh
hati saya rinduu.."

rasa nya klaw ada peluang ke Sabah lagi..
ada peluang naik Gunung Kinabalu lagi..
tak sama macam 3 bulan dulu..
lain..
meriah nya dulu..seronok nya dulu..
penat lelah..
perit jerih..dulu
lain..

"sayang..sayang..sayang kinabalu
keamatan pesta bulan lima..
sayang..sayang kita pergi tamu
jalan tamparuli..hati saya rinduuu.."

does memories remain forever!

p/s: sambil dengar lagu "sayang Kinabalu" lalalala~ (=