Sunday, October 24, 2010

nak kaya ke tidak?

ini aku baca dalam surat khabar mingguan malaysia edisi ahad, 24hb oktober 2010.
tulisan Hafizahril Hamnid. (kena cite kan sapa penulis..nanti dituduh plagiarism)


RAMAI yang beranggapan ilmu adalah kunci kejayaan dalam hidup. Telah terbentuk dalam pemikiran hampir semua kita untuk berjaya mesti belajar sampai ke universiti. Setelah menamatkan pengajian maka hidup mereka akan lebih terjamin dan masa depan yang lebih gemilang menanti untuk diterokai.

Oleh sebab itu kita tidak boleh salahkan sesiapa waima ibu bapa jika mereka menuntut anak-anak mereka supaya menamatkan pengajian.

Namun sehingga sekarang ramai yang masih keliru dengan apa yang dimaksudkan dengan ilmu. Apakah sekadar menamatkan pengajian sudah cukup untuk mendabik dada bahawa diri mereka sudah terlalu bijak dan berjaya.

Ramai juga yang masih terumbang ambing setelah menamatkan pengajian sama ada dalam mencari pekerjaan, membina kerjaya mahupun mencari matlamat hidup.

Sesungguhnya ilmu yang diperoleh ketika di universiti adalah sekadar landasan kukuh untuk menempa hidup yang lebih baik namun tidak semestinya ia mampu melakar yang terbaik.

Sementelah pengalaman hidup yang diperoleh sama ada melalui kejayaan mahupun kegagalan adalah ilmu paling baik pernah diterima manusia dalam membentuk diri menjadi lebih sempurna.

Jika tidak kenapa begitu ramai manusia yang berjaya malah ada yang sehingga menjadi antara manusia terkaya dunia sebenarnya tidak menamatkan pengajian di peringkat universiti mahupun sekolah menengah.

sebenarnya orang ni nak bagitau, ada orang tak belajar habis pun sekarang ni antara orang terkaya dunia. mostly dalam top 10! tapi takkan semata-mata nak berada sebaris dengan orang terkaya dunia kita tak payah bersekolah kan? rezeki masing-masing jugak. prof aku pun pernah cerita, kawan dia sekolah takat PMR je. tapi skill dia sebagai mekanik modified engine sana..modified engine sini..sekarang kat rumah ada FERRARI 2 bijik!


yang pastinya kejayaan adalah berlandaskan kepada kesungguhan usaha, kreativiti, sifat percaya kepada kebolehan dan keupayaan diri.

Mungkin ada yang berpandangan selepas ini tidak perlu lagi untuk belajar tinggi kerana semua orang boleh berjaya. Namun kita perlu bertanya balik dari berbilion penduduk dunia hanya beberapa kerat sahaja yang terpilih untuk berjaya tanpa pelajaran tinggi. Tapi jika hanya sekadar mahu berhenti sebab malas dan kemudian berangan-angan untuk menjadi kaya pasti itu satu tindakan paling bodoh yang seseorang lakukan dalam hidupnya.

Tuesday, October 19, 2010

acknowledgement

ACKNOWLEDGEMNETS

To the first and the foremost, ALLAH SWT, the Gracious ALLAH, for giving me strength and determination in completing this thesis. ALHAMDULILLAH. To the very own supervisor, PUAN NORAZEAN SAARI @ MD. NOH for her support and guidance, thanks a million. For her supervision and invaluable advice throughout the development, will be one of the most memorable in experiencing this. Special gratitude will goes to my beloved parents ABD. AZIZ HAMZAH and PARIDAH HASSAN for their very own encourage and support ethically and financially. To siblings who took care of my necessity when I need most and for their love and understanding with what I’m going through. For friends who support me emotionally, who always are by my side, who share the joy and laughter together, who give accompanying whenever I need ones, we share our own days and nights; Aida, Hishafina, Hidayah; my gratitude will always be with you guys. I’m thanking all of you from underneath of my heart.

this is what i wrote for my thesis acknowledgement. haha! lawak pulak bila baca balik. sungguh dramatis! buat kawan-kawan yang mana nama beliau tak di sebut dalam thesis aku.nama korang tak berapa glamer kat faculty aku. ehehe! tapi apa-apa sekali pun' terima kasih jugak kepada mana-mana yang tak di sebut nama tu, sebab sudi teman kan aku mengeteh meredekan tekanan buat thesis ni. kamu tahu kamu siapa!

Wednesday, October 13, 2010

kesimpulannya?

benci macam mana sekali pun,
perkara-perkara lama tetap satu memori.

memang teringat-ingat.
tapi..bila teringat, mencari pasal sendiri kata kawan-kawan.
menyakitkan hati je mengenangkan tingkah laku makhluk itu.

sekian,
salam merapu.
















p/s: dah pukul 5 pagi? aku tak tido lagi..terkenangkan thesis yang masih on going lagi..dah brapa hari tak tido ni?