Friday, November 20, 2009

selesai

sekejap je rasa..dah genap 4 bulan aku menginap di bangi...
4 bulan jugak..aku mempraktikal kan diri di SONY EMCS (south plant) bangi.
penat..tak payah cerita...kerja apa tak penat..
aku seronok..dalam last speech aku.."THIS IS THE MOST PRICELESS EXPERIENCE EVER.." dengan poyo nye aku..ahahha..dan Mr.Goh BP kate.."thanx so much..without trainees kat dept ni..susah jugak kite.."

aku belajar macam-macam..sekarang aku dah ada skill nak solder menyolder..aku ada skill ketat-ketat kan skru..aku ada skill ukur mengukur..hahah..aku ada skill repair tape dispenser.. aku ada skill repair pallet..aku ada skill repair auto screwdriver..aku ade skill jalan laju..aku ada skill angkat TV 32" hahahah!! dan macam-macam lagi skill aku dapat..
terima kasih tak terhingga kepada team member TV-ME Machine Maintenance Sony EMCS; nahrul, azharuddin, iqbal cap ayam, shah iran, chem, woak, daus, pokli, nadzir, ustad, nizam ramli, nizam arshad yang semua nya aku panggil mereka "abang" dan tak lupa jugak nagen papachenko, hadi awang, wak itik, ikhwan, syahmi to, lukman jugak shukri jack sparrow. tak ketinggalan Kak Su dan Kak Jue which is my penyimpan mohor besar raja-raja..heheh~

seronok kerja shift malam..
lepak dekat "zoo melaka"
buka puasa sesama..bersahur sampai 2-3 kali.
panjat tangga 12kaki..
usung "dalmec" set yang dalam kotak macam keranda.
selam bawah conveyor.
borak-borak dengan operator.
bergaduh dengan supervisor.
kena letrik shot yang beribu kilo watt.
cuci mata tengok ENGINEER..haha!
tengok bilik cepat mati..haha which is room for smoking area.
main mata dengan MRY.
kerja macam kenduri bila nak install pallet baru..
kerja 2minit buat 2jam.
merasa gaji yang masyyuuuukkk..
minum air coklat sedap kat vending machine.
pakai uniform technician.
pakai kasut ESD yg aku punya je ada conteng-conteng.
buat wiring kat line.
belajar macam-macam ayat pelik.."john..enja..mengrutu.."
kena bangun pagi pukul 5..mandi air sejuk gila bibo..
kadang-kadang punched in pukul 5 pagi..
paling best kena bersenam dengan lagu ala-ala lagu doremon.
sprit burning "BOLEH..BOLEH..BOLEHH!!!"
tak payah present projek..hehehhe!
kena "bagero" dengan jepun tak mandi tu..
orang panggil aku "budak bongek"
orang ingat aku orang negeri sembilan.
macam..macam..macam..lahhh..

semuanya akan terus kekal sebagai memori..semua nya akan terus melekat sebagai kenangan.
pendek kata..BESSSTTTTT!!!!!






p/s: siapa jumpa muhamad ruzaini yusri b. md yusuf..sila kembali kan kepada saya secepat mungkin.time kasih..

Tuesday, November 10, 2009

kisah cerekarama aku

abang nizam kata "dia bukan sombong malina..dia ego..biasalah.."
aku..senyum saje..

mata kita cuba bertentang
tapi perasaan kita menghalang
adakah takdir telah kita lawan?

kita sombong
kita egois

kita bertemu.. itu TAKDIR..
tapi semua yang hampir-hampir terjadi..kita LAWAN..



ini manusia yang bernama AKU.


Monday, October 19, 2009

ubat kuat!

dah lama tak bercorat-coret lepas last entry yang bertarikh bila aku pun tak ingat..tapi dalam bulan september..
tuu laa..orang blogging..kau pun nak jugak..amalina..amalina..apelah kau ni! takde individualism.
tapi..nak update..MALASSS!!
aku bukan malas..aku SIBUKKKK..ah! alasan!

tapi inilah hakikatnya..kerja kilang..memang tak merasa nikmat hidup..pagi masuk kerja jam 6 pagi.. balik 6 petang..balik dah penat..mata jeling-jeling katil je. tapi memikirkan badan belum sental..baju belum gosok..perut belum isi..kena gagahkan juga..taw-taw dah jam 10 malam.memang waktu tepat untuk tidur! berita-berita terkini jangan harap lah nak update..memang aku akan lambat tahu..surat khabar aku belek hujung minggu sahaja..
memang 24jam sehari rasa tak cukup..12jam duduk dalam kilang..hujan ribut panas terik aku taktaw ape yang jadi kat luar..
apa bley buat..bak kata azwan abdullah..DAH TAKDIRRRR..

aku mencari ubat kuat.
yang bley menguatkan mata.
menguatkan tenaga untuk bangun pagi
menguatkan diri untuk gosok baju
menguatkan tangan untuk menyuap makan dalam mulut.
menguatkan diri untuk belajar lebih dan lebih lagi.
menguatkan telinga bila kena bebel
menguatkan lidah biar kata-kata aku yang keluar yang sedap di dengar.
menguatkan bibir untuk senyum bila jumpa si mata kucing..meoowww~
menguatkan diri bila kena kerja untuk iqbal!
aduuhhh...
semoga aku terus kuat untuk semuaaaa!!

dilema aku belum berakhir..
antara itu dengan itu..
adakah mata yang bekerjasama dengan hati ini bley meyakin kan segala nya
adakah kerjasama mereka bley aku percaya..
adakah doa-doa dan harapan yang ada sesekali jadi nyata itu..satu yang realiti
adakah semuanya hanya fantasi dan ujian semata-mata..
kita tengaok nanti..

tapi hati aku dah tak sabar..
*phewww*


Monday, September 14, 2009

selamat hari raya! maaf zahir batin

berapa hari saja lagi ramadhan akak meninggalkan kita semua..
memang ramdhan kali ni aku sangat sayuu..tah. tataw la knapa..
terawikh sekali je aku sempat pegi..
sibuk la! balik rumah penat! lepas berbuka mata berat je. kadang-kadang buka puasa supplier "bela"
semua tu alasan!
pucuk pangkal hati..nak taknak je kan pergi terawikh tu..hajatnya ramdhan tahun ni nak khatam quran..hampehhh..semua tinggal angan-angan je!
mana hati ni tak sayu..semua planning tinggal plan jer..

dah sebulan lebih jugak aku mempraktikal kan diri..
seronok memang terasa..penat lelah apetah lagi..
sakit pening dah tak heran..cuma kaki kena fungus je aku heran. habis kaki aku gatal-gatal!
tangan dah kasar..kering..semua jenis kecelaan lah! dah tak heran kan jugak..
dan aku terkilan bila aku tak diberi peluang nak bercakap.
daddy kata aku terlalu 'defensive'. aku tak mengaku..
tapi sejak bermenjak-menjak ni..memang aku kena admit! aku memang "defensive"
apa orang cakap..aku nak kena lawan..mereka bukan omong kosong! mereka cuba nak memperlekehkan kita sebagai trainee..maunya aku tak bercakap. tapi taw laa..aku ni perempuan yang masih didiskriminasi..aku jawab sepatah..mereka kata aku menjawab!
padahal aku cuma menegak kan keadilan! untuk aku..sapa lagi..klaw bukan aku yang perlu menang kan diri sendiri..
sampaikan..aku bergaduh dengan iqbal..dia yang mula..dia yang tengking aku..dia yang merajuk!
cissss!!!

sabarlah wahai hati..

Monday, August 17, 2009

mula nya disiniiiiiiii.....

alhamdulillah..sudah 2 minggu mempraktikal kan diri di sony emcs bangi..
setakat 2minggu ni..semua bejalan lancar..cuma agak kaget bila dapat taw department aku masuk ni kerja dia 12jam sehari..dan ber'shift'..maknanya gilir-gilir tukar shift..seminggu pagi..seminggu malam..pagi masuk jam 6.15 pagi..!!! memang aku tesekat! nak quict..mana boleh!!! dah la masa mok tie ajak tinggal je dekat rumah dia..aku dengan angkuh nye menolak..nak ulang alik dari wangsa maju tercinta ni la konon nya..alih-alih..memang kena tinggal dengan mok tie untuk 3bulan..sebab nya takan aku nak betolak dari wangsa maju pukul 5pagi setiap hari..dan pulang ke rumah..belum tentu pukul 8 boleh sampai..terpaksalah.........
bukan tak sudi,,,,,,,

di tugaskan untuk melapor diri di department TVME-TV Manufaturing engineering dan lebih teperinci division machine maintenance.1st day masuk je, iqbal, engineer bertugas dah pesan awal-awal.."kerja kat department ni susah..klaw perempuan ni berat sikit la.."
aku dengan selamba nya.."belum cuba belum tahu.." betul la kannn..
memang berat...bediri kat procduction line..bejalan dgn laju..perkara biasa sebagai ahli maintenance..suara-suara gemersik kami berkumandang dalam walkie talkie..membalas panggilan supervisor line..yang mintak tolong settle kan masalah mereka dengan machine..mula-mula rasa nak give up!
dengan doa dan harapan yang tinggi..ternyata..aku memang anak pak aziz dan puan paridah yang gagah!!!!!

macam-macam kerja kena buat..dari setting conveyer sampai la ketat kan skru-skru longgar..semua kena buat..semua tu aku tak pernah buat..kecuali ketat kan skru..dan skarang dalam proses blajar soldering..time skolah-skolah dulu panggil pateri..hehe!

ada satu alat yang di panggil "raku-raku hand" benda ni digunakan untuk angkat set-set TV yang besar-besar pakai menatang ni..dan aku sangat-sangat impressed dengan kecangihan alat ni..klaw la aku bley amek gamba dalam kilang tu..hisshhh..kat sony mana boleh begambar..KECUALI pakai kamera tersedia.. pendrive pun restricted!

doa aku hanya satu..semoga aku terus kuat dan tabah untuk kerja ini..yantaiiii...!!!!

p/s: sejam sekali mesti dengar bunyi suara sumbang sapa tah kat PA system kilang tuu.."sudahkah anda besedia untuk bersenam..marilah kita mulakan....dongak kan kepala ke atas..1..2..ke bawah..1..2..toleh kan kepala ke kanan..1..2..ke kiri..1..2..blaa..bla..bla...

Tuesday, July 28, 2009

dia datang..
jeng jeng jeng..
dengan lenggang lenggok nyaaaa...

dia datang..
jeng jeng jeng..
dengan senyum simpuull nyaaaa...




hahahahahhaha!
sewel!!


Thursday, July 23, 2009

hari ini

ke mana agaknya awan berarak pergi..
ingin ku ikut sekali..









macam biskut..
ada ke tidak?
tahu tak aku rindu kau?

Saturday, July 18, 2009

ada aku kisah?

satu petang di pejabat pos carrefour wangsa maju...

"kak, saya nak pakai courier macam mana ehh?"

"hah??apa tu?"

"ala..courier..courier (aku sebut ku-ri-yer..ayah aku sebut korea) yang macam pos laju tuu.."

"insurans ke dik??"
dia ingat kurnia insurans kot..aku salah sebut atau dia salah dengar?

aku rasa nak pengsan dah kat sana..kerja pejabat pos..ku-ri-yer pun tak tahu..

sebenarnya aku kena sebut "nak pos laju macam mana"
silap aku jugak..

tapi kerja pejabat pos tak kan tak tahu courier!
suka hati lah!

Monday, July 13, 2009

A couple of hundred years ago, Benjamin Franklin shared with the world the secret of his success. Never leave that till tomorrow, he said, which you can do today. This is the man who discovered electricity. You think more people would listen to what he had to say. I don't know why we put things off, but if I had to guess, I'd have to say it has a lot to do with fear. Fear of failure, fear of rejection, sometimes the fear is just of making a decision, because what if you're wrong? What if you're making a mistake you can't undo? The early bird catches the worm. A stitch in time saves nine. He who hesitates is lost. We can't pretend we hadn't been told. We've all heard the proverbs, heard the philosophers, heard our grandparents warning us about wasted time, heard the damn poets urging us to seize the day. Still sometimes we have to see for ourselves. We have to make our own mistakes. We have to learn our own lessons. We have to sweep today's possibility under tomorrow's rug until we can't anymore. Until we finally understand for ourselves what Benjamin Franklin really meant. That knowing is better than wondering, that waking is better than sleeping, and even the biggest failure, even the worst, beat the hell out of never trying.
--Dr. Meredith Grey



Friday, July 10, 2009

mimpi-mimpi indah

bangun tido je..aku mengucap panjang!
gilaaa!
aku rasa dah kerap sangat mimpi yang sama..dalam seminggu, sekurang-kurangnya sekali mimpi benda sama.
sebelum tido dah basuh kaki..
sebelum lelap mata..dah baca doa..
klaw dah selalu sangat..bukan indah lagi mimpi ni..
buat aku takot! seram! bedebar-debar!
orang kata..mimpi tu mainan syaitan..tapi klaw dah kerap macamni..
aku try jugak google
ni hasil nya..


Perkawinan

Jika anda bermimpi berada dalam satu perkawinan atau anda mengiringi pengantin, bermakna sahabat anda tidak akan terlepas dalam pergaulan sehari-hari ia juga akan memberi pertolongan kepada anda. Dan jika anda sendiri yang mimpi kawin, bersirat keberuntungan akan tiba.

haha! memang aku mimpi pasal kahwin..dan banyak kali jugak!
nak buat macam mana?
aku buat andaian sendiri..ada orang dalam rumah ni nak kahwin..
ada 2 orang je layak..
mustahil aku!
akak pun belum..tah-tah dia..umur dah lanjut tu.
abang faiz SANGAT lambat masuk pinang akak laa!
cepat la bro! lambat-lambat..rugiiiii..ngeeeheheheheheh!



ehem-ehem: buleh pecaya ke tafsir-tafsir mimpi tu?

Monday, July 6, 2009

semua orang taw..suka hati la nak bgtaw lagi..

KELEBIHAN BULAN REJAB

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari.
Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar
kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan
bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan
memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,
nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan
Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi
(Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang,
yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan
daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal
di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.


Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Saturday, July 4, 2009

d i a m

tak perlu puas kan hati aku,
aku belum kenal erti puas..

aku juga..tak suka puas kan hati orang..
manusia ni..kenal ke dengan erti kata puas?
susah!


Sunday, June 28, 2009

suka suki senang riang

waahhhhh!!! dah lama rasanya tak update entri-entri baru..
asik baca orang punya je..hari tu..hari-hari lepas..aku sungguh ketandusan idea.
dah kate duk rumah setelah sekian bulan nya..aktiviti aku sungguh terhad..tapi sejak minggu lpeas..aku dah kena mula berjogging selepas kenaikan berat badan yang mendadak..adoyyaii..!! alhamdulillah..aku berjaya menyelang-nyeli kan berjogging kat taman tepi rumah dengan daki bukit telekom seksyen 4 yang aku daki 2round skali..

tapi sejak kejadian ribut yang jadi kat KL minggu lepas..banyak jugak pokok-pokok ranap kat bukit tu..dan..sejak tu jugak laa..baru aku taw..kat bukit tu ada beruk.. lepas je ribut tu..esok nye..aku pergi la daki bukit tu..nampak pulak beruk 2ekor. sumpah aku takot! dah la aku sorang-sorang..ramai je orang lain yang daki bukit jugak..aku sorang-sorang maknanya aku tade kawan laa..hari tu jugak la aku daki bukit tu satu setengah round je..takut dengan beruk punya pasal..sekali beruk tu terkam aku ke kejar aku ke camne? dah la atas bukit..
dan sekarang buat aku terpikir-pikir..nak pegi daki bukit lagi ke tak..


Tuesday, June 16, 2009

telah tiba masanya..

mula bosan dirumah
terperuk je!
nak keluar ronda-ronda..kawan takde..
takde arah tuju jugak..
ekonomi pun tak stabil nak keluar ronda-ronda..

barulah taw nya rasa menganggur kan diri..
belum kategori menganggur ni..
baru cuti..
nak kerja..
"kat sini dah ramai pekerja la dik"
semua pun macam tu..
tak pun..
"nanti kami akan call untuk di interview"
dah dua bulan encik..malas la aku..
memberi harapan palsu je!
huh!

dengan itu..
ambil lah sebait dua
yang aku tilik-tilik dalam karya ARENA WATI

pada flora ada bunga,
pada unggas ada sayap,
pada angin ada pesan,
pada bulan ada rindu,
pada kasih ada sayang..





Thursday, June 11, 2009

made in KLATE!

baru pulang dari kampung halaman terchenta-mache, klate..
atau lebih glamer lagi "MACHESTER"

orang kelantan ni tak di nafikan ke kreatifan mereka..
machang jadi "machester"

kota bharu jadi "newcastle"
lagi? tu je yang aku taw..hahah!
sempena kepulangan kami ke kampung halaman..ada kenduri kendara la kisahnya atau lebih glamer lagi "bekwoh"
dan bekwoh ni nak menyambut sepupu ak
u yang dah pun selamat di kahwinkan.. dan tak sangka pulak..menyambut cicit pertama nenek aku..
selamat datang ke keluarga Tok Burma!!
nur sufiah wardihah nama di beri. selamat keluar dari perut mak dia jam 8.10 pagi, 4 jun 2009!

dan seorang lagi penambahan ahli baru dalam keluarga Tok Burma..

muhd ridwan.sepupu ipar baru aku! aku kena panggil dia abg wan le..hihihi~

selamat pengantin baru along dijah!selamat diijab kabulkan jam 10 malam tanggal 4 jun 2009! syabbas bette!!

janji dengan tok kadi nak nikah lepas isya'
rupa-rupanya ada tujuh pasangan pengantin yang akan di nikah kan malam yang sama dengan sepupu aku nak nikah. malam jumaat kan..masing-masing amik berkahhh....
penuh masjid tu..dengan sedara-mara aku lagi..sedara-mara orang lain jugak..
memang lama menunggu..dengan khutbah tok kadi tu lagi..dengan tok kadi yang tesasul-sasul sebut jumlah hantaran..
alhamdulillah..semua selamat!



kalau kat klate makan memang best.
daging dan ayam menu wajib.
sampai cherry berry la aku...

kepulangan ke kampung seterusnya di jadualkan raya nanti..
insya allah..
seronok pulak balik kampung..dulu masa aku kecik-kecik..
melalak-lalak tanak balik kampung ni..
haaa..sekarang..rasa asik nak balik kampung je..
mungkin ketenangan diperlukan sekarang..
huru-hura kota makin membingitkan jiwa...




Monday, June 1, 2009

bulan JUNE kembali lagiiii...!!!

Tips To Know Urself Through Birth Date
( Dr. Fadzilah Kamsah ……… )

Perwatakan
1 A Leader
2 Gentle
3 Fussy
4 Hard working
5 Approachable
6 Unpredictable
7 Obedient
8 Business Thinking
9 Glamourous

Nama : noor fariezzatul amalina
Tarikh lahir : d d m m y y y y
1 2 0 1 1 9 8 7

Kotak 1 : 3 = 3 + 0 = 3 Fussy
Kotak 2 : 29 = 2 + 9 = 11 Glamourous
Kotak 3 : 14 = 1 + 4 = 5 Approachable

Hasilnya : noor fariezzatul amalina you are Fussy , Glamourous and Approachable type of person

camana ehh dia kira..tak paham aku..yang tak tahan tu..GLAMOROUS!! fussy? ada la sikit-sikit ciri itu..dan approachable..kahkahkahkahkah..masih tunggu di "approach" nggeehheee~

Thursday, May 28, 2009

merajok!

"angah..jangan la kacau intan tu..dia kan nak SPM tahun ni..jangan bagi dia stress sangat.."
WHHAAATT??!!! Bila masa aku kacau dia! Aku suruh dia basuh pinggan je..minah tu stress? haram jadah laa..cakap phone dengan Jonathan menangis-nangis..pastu aku pulak yang kena!! Mintak maaf laa..aku tade masa nak kacau-kacau orang..dulu ye la..mummy kata aku suka cari pasal. Itu dulu. Apasal dia nak SPM orang lain kena jaga perasaan dia..hati dia..orang lain punya hati tayah di jaga?Padahal dia mana taw apa-apa..sibuk dengan dunia dia sendiri..bila orang tego die melantun!
Kenapa masa aku SPM dulu tade orang nak jaga hati dan perasaan aku? tade orang yang akan kena marah kalau kacau aku? kalau aku cakap ini tak adil..tak boleh..aku dah mula rasa di abaikan........

Wednesday, May 27, 2009

hari isnin lepas..seluruh pelosok seksyen 6 blackout! dah lama aku tak merasa blackout-blackout ni.. ni gara-gara orang curi cable! selagi tak kena karan..selagi tu dorang nak curik-curik cable tu..kang dah kejung kena karan..baru taw! mula-mula bley sengih-sengih lagi..lama-lama..nyamuk dah berdondang sayang..siap joget lambak lagi..hati aku mula panas! orang negeri sembilan kata "hangekk dah tubohh nie..bopoloh joghok la haa..!!" masa tu la daddy ajak keluar..dia kata nak bawak "beatle" aku jalan-jalan..so intan tu pantang orang nak keluar..ada je yang dia kirim..kali ni kirim burger plak. kami pun pergi la cari burger..yang ada masa tu burger otai kat au5 tu..depan skate park..dah la mahal..lambat pulak kerja dia! tapi tak bley salah kan penjual burger tuu..dia sorang je yang kerja..dan malam tu mungkin rezeki dia..ramai pulak yang membeli..beli bukan sebijik dua..nak lima bijik je! kesian pulak..aku tunggu bawah pokok tu..dah posing ala-ala tahan pokok tu nak tumbang dah..rupanya daddy duduk kat tepi gerai burger tu..dia berpikir-pikir sekali..ada ke nak bukak gerai burger jugak. pastu suruh aku yang handle..katanya sebab aku tengah cuti kan..hah! tanak lahh!! ada ke perempuan jual burger..dalam hati ni rasa.."apa kelassss.."hahah~

tapi hakikatnya..aku tak peka dengan sekeliling aku..aku tak fokus..orang sekarang semua nak meniaga..macam-macam cara orang buat..aku pulak kalau boleh tanak meniaga..aku tak reti!! bukan sebab "apa kelassss" tuu.. tak reti tu aku jadikan alasan.aku percaya yang rezeki tu ada kat mana-mana..takda spesifik tempat untuk rezeki tu berlabuh..tapi kan 90% rezeki itu datang dari meniaga. camana nihh!

Monday, May 25, 2009

surat yusuf kepada zulaikha

kepada zulaikha
yang berhati mulia,

telah aku terima suratmu dan telah ku baca isi-isinya, pertama aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga keran engkau sudi menulis surat untukku. engkau telah luangkan waktumu dengan kesanggupanmu menulis surat itu. semoga ALLAH menggantikan waktumu dengan waktu yang lebih indah.

kedua, membaca surat-suratmu, menyebabkan aku mengenali siapa diriku sendiri. menyedari keikhlasanmu meluahkan prasaan itu. aduhaaiii....adalah sungguh bertuah seorang Yusuf menerima anugerah kejujuran hati dan rahsia jiwamu.

zulaikha,
aku tidak pernah bermaksud untuk membuat kau menunngu, cuma aku perlukan sedikit masa untuk berfikir tentang, apakah jawapan yang layak untuk ku berikan kepadamu.

wahai zulaikha..
engkau berterus-terang bahawa, kau mencintaiku. apalah ada dengan seorang pemuda miskin seperti aku jika mahu dibandingkan dengan dirimu? gadis yang wajahnya bercahaya sepertimu tentu banyak menarik dari sang pemuda di luar sana. jika aku tidak menawarkan cintaku padamu, itu kerana aku menyedari bahawa siapa diriku dan siapa engkau.

aduh zulaikha..
zulaikha, aku tidak berniat untuk menolak cintamu, namun jujur ku katakan bahawa aku berdoa kepada ALLAH SWT agar engkau ditemukan dengan pemuda yang benar-benar layak mencintaimu. aku hanya ingin engkau tidak dibakar oleh emosi ketika engkau mencintaiku

zulaikha..
pengetahuanku tentang cinta hanya terdiri dari empat kata. pertama, ALLAH menakdirkan bahawa setiap manusia itu berpasang-pasangan dan saling mencintai.
kedua, lelaki dan perempuan itu merupakan asas kepada rumahtangga itu sendiri.
ketiga, cinta adalah suci kerana ia hadir dari YANG MAHA ESA.
keempat, cinta ditanamkan dalam diri setiap makhluk agar mereka menjadi suci dan terjalin kehidupan berumahtangga.

untuk itu zulaikha, aku hanya bisa berkata, jika engkau benar-benar mencintaiku, marilah kita serhakan kepada takdir. jika ALLAH telah menentukan kita bersatu, maka kita tidak bisa berlari darinya. dan jika ALLAH telah mentakdirkan bahawa kita tidak semestinya beersatu, harus kita terima takdir tersebut dengan perasaan redha dan ikhlas....

Wednesday, May 20, 2009

surat zulaikha kepada yusuf

aku berasa malu apabila seorang gadis sepertiku, menulis dan mengirimkan surat buatmu. kuhancurkan kemuliaanku sebagai gadis yang nekad bertanya tentang dirimu. tetapi Dmi ALLAH, hasrat ku untuk menulis ini lebih besar dari perasaan maluku. Dan keinginan ku untuk mengungkapkan rahsia jiwa ini lebih besar dari segala sopan santun yang harus dijaga oleh seorang gadis kepada seorang pemuda sepertimu.

yusuf, melalui surat ini, aku ingin meluahkan segala yang bermain di fikiranku, perasaan ku dan juga hatiku. semua yang ada dijiwaku bermula di sungai itu, kala engkau menatap mataku, lalu kau ucapkan kata-kata maaf. aduhai yusuf..itulah hari yang paling indah dalam hidupku. sungai itu menjadi saksi akan kebahagiaan ku, mendapatkan senyumanmu. aku seberangi sungai dengan jiwa yang melayang, aku jauhi desamu dan dirimu dengan hati yang girang, seperti hati yang telah sembuh dari derita.

maafkan aku yusuf, kerana aku telah meluahkan rahsia yang selama ini aku pendamkan. mungkin engkau akan menilaiku sebagai seorang gadis yang tidak baik. tetapi, ketika kepulanganku, hatiku rupanya tertinggal di desamu. dan ketika aku kembali bergelar mahasiswi, fikiranku hanya terbayangkan keindahanmu, di mataku sentiasa terlihat dirimu. mengundahkan perasaanku, melelehkan air mataku, semakin kerap bayang-bayangmu bermain di mataku.

yusuf, sungguh aku ngin bertemu denganmu semula, aku ingin kembali manatap wajahmu, mendapat senyumanmu yang indah. apakah engkau rasakan apa yang aku rasakan ini yusuf?

tetapi, walau apa jua yang kau katakan. aku tetap menerimanya. baik buruk perkataanmu adalah baik untuk diriku. jika engkau menolak perasaan ini, aku tetap bahagia kerana telah meluahkannya. jika dalam surat itu kau menolak cintaku, aku tidak akan menysal..

p/s: aku mula menjadi seorang yang berjiwa-jiwa.. (: ada baiknya aku menjadi seberani zulaikha..meluahkan yang tersingkap di hati..tapi bila..

Tuesday, May 19, 2009

fheewwwww~

aku berkata pada diriku sendiri
lemparkanlah kedukaan itu sejauh-jauh nyaaa..
berbahagialah
sebab kedukaan itu sesungguhnya tidak pernah ada!

aku sedang menghayati "KITAB CINTA YUSUF DAN ZULAIKHA"
bila agaknya akan dipertemukan kepada ku sang yusuf..
fheewwwww~


Friday, May 8, 2009

haa..haa..dan haa..

finally..habis jugak presentation untuk project aku tu..yang julung-julung kalinya di present kan..nervous nak present punya pasal lain macam kali ni..tak macam presentation yang selalu kami buat untuk subject lain..antara tanda-tanda nya:
1)mulut tak berhenti membebel (cakap merapu)
2)tak bley duduk diam (pusing sana..pusing sini)
3) keluar masuk toilet 2-3 kali.(lancar pulak sistem kumbahan)
4)asek sengeh-sengeh macam kerang wangi.


sampai satu tahap..member sound.."ko aphal? cam nak beranak dah aku nengok" (die org johor) "tenang je.." agaknya nak pergi interview kerja ada lagi ke simptom-simptom camtu jadi kat aku lagi....


aku rasa dah cukup bertungkus lumus dah kami usahakan project wing-in-ground effect ni..cuma tak apply kan dia untuk jadi aircraft betul je..tak cukup lagi ke? "Mr.Basim..you didn't know what exactly we're working on..you just dont understand our scope..and your scope COMPLETELY DIFFERENT from ours,sir!"


ada ke suruh doktor buat surgery dalam aircraft..ada ke rakyat malaysia yang tinggi dia sampai 2.3meter..suka hati kau lahh..yang penting Prof ayah din dah kata.. "dia taktaw ape kite buat tu.." lega aku dengar..

dan aku masih dengan perasan yang mahu.."haa..haa..haa..haa..dan haa.." setiap hari

Saturday, May 2, 2009

ini bulan mei

pagi tadi aku bangun sebab dikejut kan oleh suara sumbang doddy yang memekik..
"yeay..yeay..bulan mei..!!"
"lagi 24hari lagi..yeay..yeay.."
dalam hati aku.."siot punya budak..!!"
yelaa..tengah seronok tido lepas subuh..dia dah memekak!
mentang-mentang dia jenis bangun awal...
birthday dia bulan ni!!!!
hampeh!!
daddy kata..aku ngan kakak masa kecik-kecik dulu tade pesan-pesan kat orang pasal birthday kita
"kalau mummy ngan daddy tak ingat korang pun tak ingat"
doddy ngan intan je..intan pun kurang sikit.tapi still ada jugak.
masa kecik-kecik dulu..mana nak ingat tarikh..
sekarang aku ingat la!!
bulan ni saja:
2may>> che
9may>>aida
2nd week of may>>mother's day
16may>> hari guru..haha! ingat ni..!!
24>> kakak
25>>doddy
ada lagi ke tarikh-tarikh yang kena ingat bulan may ni??

ada..nurses day..mummy aku nurse dulu..tapi bila tarikh dia..aku lupa! tapi nanti mummy mesti bagitau!

Friday, May 1, 2009

u gotta hide your love away..huh!

walaupun dah hampir 3bulan berlalu..

"tinggi-tinggi gunung kinabalu..
tinggi lagi sayang sama kamu
biru-biru hujung kinabalu..tengok dari jauh
hati saya rinduu.."

rasa nya klaw ada peluang ke Sabah lagi..
ada peluang naik Gunung Kinabalu lagi..
tak sama macam 3 bulan dulu..
lain..
meriah nya dulu..seronok nya dulu..
penat lelah..
perit jerih..dulu
lain..

"sayang..sayang..sayang kinabalu
keamatan pesta bulan lima..
sayang..sayang kita pergi tamu
jalan tamparuli..hati saya rinduuu.."

does memories remain forever!

p/s: sambil dengar lagu "sayang Kinabalu" lalalala~ (=

Monday, April 27, 2009

apa pulak?!

exam dah habis! waahh..seronok la aku ye..
tapi ada lagi presentation belum selesai..adoi !! pening kepala..macam-macam nak kena prepare..invigilator pun bukan calang-calang orang. kena raedy mental and fizikal la nampak gayanya.

cuti 3bulan. lepas tu industry training yang taktaw mana pulak tempat nya. untuk 15minggu pulak! lebih kurang 3bulan++
ooh..mula la aku akan rindu Unisel..rindu ke?
ahaha!
sikit-sikit ada laa..mostly rindu kawan-kawan~
hhmmm

malam ni dah rasa lega sikit..
nerves dah kurang..seronok dh cerita dengan aizzah!
thanx beb for your attention.
tayah tunggu lah kann..go with the flow..and let it be!

Sunday, April 19, 2009

nerves aku kembali lagi

Pertama kali aku tergugah
Dalam setiap kata yang kau ucap
Bila malam tlah datang
Terkadang ingin ku tulis semua perasaan

Kata orang rindu itu indah
Namun bagiku ini menyiksa
Sejenak ku fikirkan untuk ku benci saja dirimu
Namun sulit ku membenci

Pejamkan mata bila kuingin bernafas lega
Dalam anganku aku berada disatu
persimpangan jalan yang sulit kupilih

Ku peluk semua indah hidupku
Hikmah yang ku rasa sangat tulus
Ada dan tiada cinta bagiku tak mengapa
Namun ada yang hilang separuh
Diriku

Wednesday, April 15, 2009

selamat datang exam!

facebook!
benda alah yang buat aku rajin online hari-hari..
friendster.
kurang layan dah..bak kata dayah.."di anak tiri kan"
apa yang seronok sangat facebook tu?
hati aku saja yang tahu...
*sigh*

tapi..orang itu..masih belum nampak aku lagi..
bukan tak nampak..kabur agak nya..
biarlah dia...aku sudah penat.

exam kembali lagi.
study la wahai amalina..
kau nak jadi apa malas-malas begini..
beringat sikit!!

Friday, April 10, 2009

kisah penggali kubur berjaya.

tarikh 8 april, aku dengan gigih nya pergi ke class dengan menaiki panamera ku..
nak dijadikan cerita..
ada kucing tebaring bawah kereta ayang..
aku ingat kucing tu tido..so aku panggil2 dia..biar dia
jauh dari kereta..nanti kang sia2 je kena lanyak dengan taya kereta ayang tuh..
panggil punya panggil..kucing tu keras je kat bawah ke
reta tu.
dan nak di sambung kan lagi cerita nya..kucing tu dah mat
i..sebab aku baling batu kat kucing tu..dia still keras macam tu jugak..
so petang lepas balik main tennis, aku dengan aida secara gigih nya cari cangkul..pinjam kat aunty sebelah rumah ni. aida cangkul, aku angkat bangkai kucing tu..kesian dia..semut api dah kerumun. bawah pokok mangga depan rumah tu jugak dijadikan tempat persemadiaan beliau~jadilah aku penggali kubur yang tak bertauliah lagi berjaya. "am teksi " yang asik lalu lalang depan kami tu bukan nya nak tolong.tolong tengok jer.haiishh!
kucing ni selalu curi-curi masuk dalam rumah aku. ikut tingkap dapur tu. pastu dapat la dia makan nasi ayam yang cikgu-cikgu tadika yang "bija
k pandai" tu selalu beli..tu laa..dah makan tanak kemas..kan cikgu-cikgu dah kongsi makan dengan kucing.
kucing ni pun dah arwah..semoga roh nya dicucur
i rahmat dan ditempat kan di kalangan makhluk yang baik di sisi-Nya.


tarikh 8 april, lagi, dayah dengan jaya nya menghasut aku pergi derma darah. dapat la tabung darah negara tu satu pine darah aku. nerves jugak..1st timer la katakan..tapi buat muka cool je. konon-konon dah 18 kali derma darah.selama aku hidup sampai ke hari ini,,baru lah aku taw darah aku ni B type. yang part tak best masa derma darah bila nak daftar tuh.kerek betul akak tuh.kipas dah la depan muka dia..panas hati lagi apsal?! pastu nak marah-marah aku.aku ni tekun je isi borang and jawab soalan-soalan dia.mentang-mentang dia kerja government.camtu la agaknya..
derma darah memang best!

Monday, April 6, 2009

L I A T

aku baru perasan ke?
aku sangat malas sem ni..
bukan malas..tapi LIAT!!
banyak sangat kerja..
dah takde masa pergi joli dengan member2 aku~
haishh..
esok test O.M..
aku sangat malas nak study!
subject membaca memang cabaran maha dasyat!
dengan 7 chapter semua nya untuk 1jam test esok!
aku MALASSSS!!!!

apasal la kena jugak belajar pasal management ni..
bosan taw tak!!
lecturer pulak mengajar pakai slide.dinding yang terpapar notes aku pandang kosong~
jiwa aku terawang-awang.
uuurrggghhh!

tangan aku sakit lagi..mahu di x-ray ke? mahu di simen ke? mahu di bedah ke?
adoiii~

Sunday, April 5, 2009

panjang cerita nya

zarulazuan kata..tinggal tak sampai sebulan je lagi dia ada kat unisel tuh..lepas dia cakap tuh masing-masing mula teringat balik zaman-zaman darurat kat unisel..
mula lah dengan kisah mazlan ganu yang perangai cam haram tuh! barulah aku taw yang mazlan ni pemegang kad hijau. bukan green card nak masuk construction site tu..tapi green card utk orang mental macam dia. dia memang sebenarnya mental terancam. nasib la dia dah tak study kat unisel tuh..klaw tak camna la kan..silap-silap cansellor pun dia halau.panjang sangat kisah mazlan..malas nak cerita.
pastu cerita pulak pasal satu campus tade air.masa tu kami tak merungut pun. kami dengan gigih nya pegi surau isi air dalam baldi..sorang angkat 2baldi. yang duduk tingkat 5, sampai atas je air dalam baldi tinggal separuh..masa tu memang bejimat abis la. mandi ala kadar je..and masa tu jugak, masing-masing tak selfish. guna air ingat kawan-kawan lain. tu dulu.. zaman aku jadi freshies. sekarang ni..zaman freshies2 manja (zarul kata)..baru tade air satu malam kat dalam hostel..dorang bantai protes..tanak pergi class n mogok sana-sini..aku pelik la..zaman aku lagi teruk tade la protes ke mogok lapar ke..haisshh..dulu pergi class jalan kaki tak heboh pun. naik bas yang whole body vibration dia maha dasyat tu pun kami tak heran..sekarang..student mostly ada kereta.tengok je kat faculty aku..penuh gila parking.sampai parking kat tepi jalan..lepas tu tepi kereta semua calar-balar.haram jadah betul yang lalu tak hengatt tuh!
last week jumpa kawan-kawan yang dah practical jadi cikgu kat area-area kuala selangor tu.ikha, sha, and zahrul.ekin je tak sempat jumpa lagi.missed you la ekin. nak di jadikan cerita..masing-masing bukak story pasal budak-budak sekolah kat malaysia ni sekarang. ada yang dah pandai mengurat cikgu..ikut cikgu tuh sampai ke kereta masa nak balik. member aku tu tepaksa kata dah kawin and tengah pregnant 2 bulan! yang sorang lagi tu pulak tengah mengajar..budak sekolah ni boleh main hp depan cikgu and surprisingly tengah tengok video porno!! camna mereka boleh ada perasaan tak hormat cikgu..aku pelik betul..masa aku sekolah dulu..macam mana aku benci cikgu tu sekali pun..i still put the highest respect on them! klaw tak..aku tak kan jadi macam sekarang. even aku tak belajar kat tempat yang gah, aku bangga sebab aku masih lagi boleh belajar.. dengan apa aku lalui sekarang.. semua hasil tunjuk ajar cikgu-cikgu kat sekolah dulu.. ikha and sha pesan.. setelah apa yang dorang lalui sekarang "hormat lecturer korang" zahrul pulak.."belajar betul-betul" zahrul yang klaw tengok luaran nya macam the artic monkeys..bila dah jadi cikgu..dia sampaikan berpesan begitu..
panjang lagi cerita..yang pasti all the best untuk kawan-kawan UMAGs aku tuh!

Sunday, March 29, 2009

daddy and daughter borak2.. =)

ermm..rasa macam dah lama tak borak-borak dengan daddy..mean like ussual..
tapi dulu..zaman sekolah-sekolah..aku malas sekali dengar daddy membebel.. once dia bukak mulut..buat aku rasa hectic yang amat sangat..sebab dia boleh membebel for an hour!! maybe zaman dulu jiwa tengah memberontak..aicehh~ ayat nak macam buku motivasi jer..huhuhu..tapi tu dulu..and now..everything yang daddy cakap..semua tu meaningful..haaa..mula la nak sentimental jiwa ni..and..i didn't notice since when..daddy kalau marah.. actually tak marah but more to advising..air mata mula bertakung..and start meleleh bila aku dah toleh dari muka daddy and on the way pergi bilik..adusss!! sentimental betul la amalina nieh!!! nampak sangat aku ni bersalah bila di nasihat begitu..
borak-borak dengan daddy pasal nak practical ni la..daddy pesan..kerja elok-elok.. how good our position..dont forget kita punya akar. and one more thing daddy selalu sebut.."daddy bagi pancing..ikan tu pancing la sendiri..kalau bagi ikan nanti u tinggal makan je..mana boleh hidup macam tu.."
nak memcari tempat practical ni..seksa rasanya..lagi zaman tengah gawat ni.. sape je nak amik org kerja..pening la kepala.....
masa aku bagitaw kat MAS ada amik trainee..beriya daddy suruh pergi..dia kata jauh takpe..asik nak dekat rumah je..tak bekembang otak nanti..pastu kata klaw practical yang more to technical work ni senang nanti...dah lama skit daddy tambah lagi.."nanti boleh la mummy n daddy dapat tiket flight free.."
adeehhhhhhh!!!!

Thursday, March 26, 2009

earth hour 2009



support earth hour!
just switch off the lights for only one hour..
it's mean nothing if you didnt joined it..!
love earth! love peace!


Tuesday, March 24, 2009

kena pegi industrial training pulakkk!!

haishh..marah nya!
suka hati je buat law baru..suruh buat practicum dulu then continue study..then baru boleh grad!
lambat laa aku habis blaja..bila nak kawin ni?
kawin jugak yang di pikir2 kan dulu..hihihih~

klaw habiskan study then baru practical kan senang..nak kerja pun insyaallah senang..
mana la taw kan..rezeki masing-masing..tetiba orang tempat kita prac tuh suruh je sambung kerja lepas abis prac tuh..haa..kan senang cerita..tayah susah-susah cari kerja lain.

dah la last minit baru nak bagitaw kena prac la..tempat cari sendiri la..macam haram betol!
aku ni dah meng extend sem..tepaksa extend lagi sem !!

adoiii..!!
lambat la kito kawen sok!

Tuesday, March 17, 2009

uhuh!

hari-hari yang sibuk sedang berlalu~
adehh..penat yang melampau ni..kena packing dodol pulak..nasib la tayah kacau dodol..
klaw tak mau tecabut tangan aku!
kepala otak saru..
dengan dinner 21hb ni..
dengan drawing WiG tah pape and can be categorized as TAK SIAP!!
dengan analysis rocker arm..PLUS..drawing skali..
dengan RnD tak sentuh pape..
dengan submission every report on evry week..
dengan segala-gala yang buat aku hilang waras!

Thursday, March 12, 2009

grrrrrrrrr~

it take so long..
putting effort that wasn't good enough..
at all..
i can't hardly wait..
anymore..
so..
i'm letting you go..
perhaps..
not away from my heart.

Monday, March 9, 2009

*geleng-geleng kepala*

lutut aku sakit balik..
*sigh*
camne ni..next week ada explorace pulak!
betuah punya ary..berjaya memaniskan mulut anda dan menghasut aku join menatang tuh!
aku kalah siap kau!!
harharharharhar!
tapi lutut sakit neh!
adess~

Thursday, March 5, 2009

nak buat macamana~

tengah aku syok-syok dload lagu ultraman..tetiba je.."ama..meh la tengok gamba ni.." aku malas sangat nak begerak..even jarak aku dengan aida sejengkal jer..aku gigih kan jugak pegi tengok gamba tu..sebab tengok muka aida dah lain macam jer..ingat gamba hantu.. rupa nya lebih dari hantu..

aku kaget.
mata dah tebeliak.
diam sejuta bahasa.
rasa bedebar-debar.
tak reti dah nak cakap apa.
terkedu.

tak sangka. dah kawin?? bukan tak sangka. cuma..sampai nya hati..biarkan orang gantung tak bertali..

bila ditanya tak jawab!
bila di paksa jawab..tanak mengaku!
dayus..bacul!
bodoh. pengecut!

buat aida..jangan sedih-sedih..aku, ayang, dayah kan ada..kita serumpun skarang.
aku taw..kau dah agak dah pasal benda tuh. cuma kau tekejut kan. takpelah. kita focus kerja kita skarang.banyak lagi kena buat.

tapi aku takut~

Monday, March 2, 2009

nombor dua

ni nombor dua punya post.
aku sangat serba salah dengan abdul razif bin abdul rahman and muhammad hanif noorzan.
bukan nya nak tinggalkan korang dengan kerja yang melambak tuh..
tapi dah terpaksa.
aku pun dah buat sikit-sikit kerja..even tak complete..
sangat-sangat sorry..pasal kami korang kena marah.
tak bermaksud pun nak bersenang lenang sampai kerja pun kami lupa.
biarlah apa orang nak kata..yang pasti aku nak mintak maaf sangat-sangat.lepas ni nak suruh kite orang buat prototype pun takpe..report pun boleh. analysis...hihihi..insya allah..
sorry anip and ajep!! janji lepas ni tak tinggalkan korang terkontang kanting lagi.

TERRRRBAIIIKKKKK!!

phewwww~ seronok! tak sangka sampai jugak aku kat puncak kinabalu tuh.. even lambat skali pun..atleast aku sampai..alhamdulillah..thanx sangat-sangat kat yem! klaw kau tak paksa aku and ugut-ugut aku..aku rasa memang tak merasa la ade kat puncak kinabalu tuh..memang best!!

before ni tengok south peak tuh dalam duit kertas seringgit jer..and as the most memorable experience..aku nampak sendiri depan mata south peak tuh. sumpah memang cantik sangat! walaupun tempat tuh setakat batu je and tempat kami lalu tuh pun nama dia stepping stone.. bukan calang-calang boleh sampai..hahahaha!


thanx jugak kepada kawan-kawan yang fully support..yang taw tahap kemampuan aku camne and suruh aku jalan slow-slow je.hihihihi. sangat lah slow and tak brapa nak steady aku jalan. a million thanx beb!! gunung rajah tak sampai puncak pun takpe
..gunung kinabalu aku sampai..!! huhuhuhuhu..

my most priceless experienced...ever~


Tuesday, February 10, 2009

kahkahkahkah!!

sepuluh kali baca pun aku akan gelak..!!

" yaallah amma.
****** ke?
tu kawan abang aku laa
housemate dia
ade je dalam fren list aku jugak.
sebab dia add aku
dah lama dah.
hahahahahahahahahaha
nanti aku nak tanya abang aku laa kalau macam tu boleh tak?

"p/s:aku asik tegelak je dari tadi ni. kau ni memang ada jodoh aa dengan kawan-kawan abang aku. hihik"

klaw aku tak gelak pun aku senyum sorang-sorang..kite je paham kan ejah!
wahahahahahah~ sengal..aku tak sangka..sungguh tak sangka!! =D

Wednesday, February 4, 2009

semua tak sama

aku punya all time favorite..jom layan karoke!!

Dalam benakku lama tertanam
Sejuta bayangan dirimu
Redup terasa cahaya hati
Mengingat apa yang telah kau berikan

Waktu berjalan lambat mengiring
Dalam titian takdir hidupku
Cukup sudah aku tertahan
Dalam persimpangan masa silamku

*Coba tuk melawan getir yang terus kukecap
Meresap ke dalam relung sukmaku
Coba tuk singkirkan aroma nafas tubuhmu
Mengalir mengisi laju darahku

Reff.
Semua tak sama, tak pernah sama
Apa yang kusentuh, apa yang kukecup
Sehangat pelukmu, selembut belaimu
Tak ada satupun yang mampu menjadi sepertimu

Apalah arti hidupku ini memapahku dalam ketiadaan
Sgalanya luruh lemah tak bertumpu hanya bersandar pada dirimu
Ku tak bisa (sungguh) tak bisa
Mengganti dirimu dengan dirinya,



Monday, February 2, 2009

gunung rajah-semput siot!


gunung rajah.1638m dari aras laut. first time aku pegi hiking kat sana lah..bayangkan, start hiking 3.30pm.. pukul 10.30 malam baru sampai 1st base camp..nak sampai 2nd base camp tuh amek masa lagi 2 hours. mental aku cukup down ..gila babi punya penat! dengan bloody heavy punya backpack..adoii..rasa serik nak pegi hiking lagi..all the way nak sampai puncak tuh.. macam-macam dah aku fikir..siap rasa menyesal join group hiking tuh..sampai ada masa tuh rasa tanak pegi KK plak! tapi mana boleh..dah bayar kan..kaki sakit-sakit. urat ni kejang je rasa..bahu tu..adehh..rasa makin tebantut je bila bawak pack tuh..
tapi cantik nya tempat tuh..ciptaan ALLAH maha esa.memang amazing! hilang penat hiking for 7hours bila tengok tempat-tempat kat sana..bila dalam hutan..ada "azan" natural punya. aku pun tak berapa sure sangat..tapi dengar dari expertise dorang kata everytime masuk waktu je akan ada bunyi-bunyi menandakan dah masuk nya waktu. hmmmm..
member-member yang dah biasa pegi hiking kata..track gunung rajah ni memang susah and paling adventures skali. bayangkan lah yang dah biasa pegi hiking dah kata camtu..yang aku ni baru 1st time pegi. memang semputt beb!!
aku sangat-sangat respect mereka-mereka yang boleh jalan laju and siap berlari-lari masa mendaki tuh..memang pakai double jantung lah dorang tuh!
bila sampai base camp..perkara paling best is bila bercakap kluar asap..huhuhu..macam kat london plak rasa..yelah..kat malaysia kan susah nak cakap kluar asap..yang smoking je boleh buat macamtu..sejuk tayah cakap lah..tengah tido pun badan menggigil gila! tido pkai baju 2-3lapis..dengan glove..dengan socks..siap bebungkus dalam sleeping bag pun tak hilang sejuk tuh..
sayang nya aku tak sampai puncak..dah habis hilang stamina.bagi la bapak segala power bar pun..memang aku dah tak larat..kalau nak sampai puncak untuk sejam je oklah..aku maybe boleh pegi lagi..ni nak sampai puncak kena hiking untuk 4 hingga 5 jam!and dengar dari mereka yang dah sampai sana.. track nak ke puncak tuh lebih kurang 90degrees punya pacak! kaki aku memang dah superduper crammed.keras-keras semua muscle aku.
banyak pengalaman sebenar nya...yang lemah macam aku ni..tak pernah ditinggalkan belakang. yang kuat+terrer selalu bagi sokongan..dorang tak putus-putus bagi support! tu yang buat aku tak hilang semangat.tabik spring lah kat korang!!!

Friday, January 23, 2009

for dearest aizzah!














I'll reach out my hand to you.

I'll have faith in all you do.
Just call my name and I'll be there.
Let me fill your heart,
With joy and laughter.
Togetherness, well, it's all I'm after.
Just call my name and I'll be there.
Just look over your shoulder.
Just call my name,
And I'll be there.


Saja-saja untuk aizzah ishak. jangan sedih-sedih ye. ingat..kau sedih aku pun sedih sama..ada orang masih sayang kita..in whatever situation sekalipun.. apa pun kita kena kuat! and dis is one of ALLAH challenge..sayang kau forever~

Thursday, January 15, 2009

hahahahahhahaha...patutla aku smell something fishy..rupa-rupanya ni kerja korang! thanx so much untuk aida, ayang, dayah, ajep and arip for the surprise birthday cake. sedap jugak la strawberry chocolate tuh. tau-tau je taste aku and aku sangat-sangat lah "mengidam " cake and chocolate. huhuhu..
start pukul 12 malam 12january tuh.. aida ayang and dayah sikit pun tanak wish birthday kat aku. dengan sadis nya aku nyanyi lagu birthday sorang-sorang and kuat-kuat. dorang ni bantai gelak kan aku..siap cakap nak boikot aku sampai abes 12january. memang sadis laa..tapi aku taw..dorang ni kalau tak kacau hidup aku sesaat macam tak senang jer..tak complete hidup dorang! ahahahah..
masa group meeting tuh..aku baru habis kemuka soalan dekat aus..dia baru nak jawab, zarul dengan tiba-tiba nya tutup suis lampu and aircond. semua pan
ic la! apsal pulak mamat ni kann..zarul kata "nak test suis ni kejap..tadi macam rosak-rosak jer..aircond tuh pun macam bunyi-bunyi jer.." so dengan tiba-tiba dayah yang takde kena mengena dengan meeting yang sedang berlangsung tuh masuk bawak cake! waaahhhh!!!! aku pun excited kemain lagi...ramai-ramai pun nyanyi la algu birthday untuk aku..ahahha..sengal la dorang ni..tuh la 1st word yang keluar masa dorang masuk! hihihihi..
aku malu sebenarnya..birthday aku for the first time being celebrated with someone yang aku tak brapa nak rapat..bukan apa..aku malu laa...camna nak cakap..malu la senang kata! hihihihi.. aku kan pemalu orang nya..huahuahuahua..
and dayah dengan selamba nya lupa umur ak
u berapa..masa die bawak masuk cake kat bilik meeting tuh..aku nampak ada kurang satu lilin..aku tanya kenapa tak cukup? dia boleh cakap dia lupa umur aku berapa! ahahahahaha..ada jugak orang macam dayah tuh..
anyhow..aku sangat-sangat appreciate apa korang dah buat! especially to aida..ayang..dayah and ajep yang jadi driver dayah tuh..and arip yang tolong simpan kan cake! hihihii..
dayah kata.."tak menangis punn.." bukan tak
terharu..terharu beb! tapi aku memang macamni.. benda aku excited teharu dia lain..hope korang faham..bukan nya aku tak terharu or excited or what-so-ever.
aku sayang korang!!!!

p.e.a.c.e l.o.v.e




mangsa keadaan!!
thanx to din and aus!

Monday, January 12, 2009

happy birthday!!

phewww..its 22!! alhamdulillah..dah sampai tahun yang ke-22 aku hidup. banyak yang aku belajar..tapi masih belum cukup..nekad aku kali ni..aku nak terus kan ape yang tertangguh dulu. tebiat-tebiat lama akan dikurangkan. masa tak pernah panjang. tak pernah tunggu aku. aku yang kena kejar masa..

aku dah mula rase hilang arah..mula rase hilang f
ocus. semangat dah kurang.. aku tak tau kenapa..mana aku nak cari arah aku kembali..mana aku nak kumpul focus-focus ku yang dah hilang tuh..mana semangat yang nak ku kaut..

aku dah janji dengan mummy n daddy..benda-benda lama
jangan diulang. penah diorang pesan, second chnace must be given. tapi bukan kepada yang satu tuh..aku nak balik rumah!! aku penat duduk rumah sewa ni..aku rindu mummy, daddy, akak, intan, doddy..semua nyaaa!!
sebab aku percaya..semua yang hilang tu..semua

yang berkurangan tu..ada kat rumah aku..!

ni gamba masa raya 2007. gamba family yang ada setakat ni. raya 2008 gamba tak cantik..hihihi..i miss u guys! even dengan akak kureng becakap, dengan intan selalu gaduh, dengan doddy aku selalu bully, dengan mummy aku suke merapu..and dengan daddy aku malas nak dengar dia membebel..huhuu..in whtever condition..u guys complete me!












Friday, January 9, 2009

phewww~

dah bulan january! cepatnye..dah 2009!! lagi la sangat-sangat terasa masa tu cepat je berlalu..hari ke duabelas bulan january ni betambah la umur aku..adoii..!! dah tua ke?? kadang-kadang aku terfikir..seswai ke umur aku ni dengan perangai aku. mummy daddy kate perangai aku macam budak kecik! ade ke patot..

sem baru pun dah start. adehh..haru pale otakk!! study planning pun dah beterabur. kena extend plak..!! kawan-kawan seiringan dari 1st year pun dah beterabur..subject-subject pun dah makin killing...lemah semangat bile tengok balik study palnning aku..walaupun 2010 kira dah final year, nak mengharungi ke 2010 tu.......adooiiiiyaiii...!!!

sem ni jugak la aku kena buat project aircraft tuh..masa tengok tajuk aircraft tu kemain excited aku! bila prof bagi buku-buku dia yang gila punya tebal pasal aircraft and suruh aku study tuh..mengucap panjang aku! padan muka aku!!! nak sangat join group aircraft..aku fikir-fikir..takpe laa..ni la aku punya chance nak discover aku punya interest.

bulan january ni jugak la aku kena settle kan pasal dinner nak pegi gunung kinabalu tuh. busy la aku bulan ni..training fitness lagi..malam-malam meeting.. project tak bley tinggal..ade lagi satu! prodcut design punya project! rear suspension..!!awal-awal tahun 2009 ni..agak nye aku dah takde rupa orang yang bernama amalina~

Saturday, January 3, 2009

wajib bagi JOMBLO'ERS

thanx to iput & oyas..aku tak kenal kalian..tapi buku kalian best bangat!!
jatuh cinta! ada yang kate hebatnya seperti jantung mau tecabut. rasanya semanis madu, kadang-kadang masam cam asam boi tuh. ada yang kate cinta tu buta.entah version mane yang betul, tapi sepastinye, buat yang sedang mengalami, jatuh cinta itu pengalaman yang menakjubkan..am i right??
biasanya, orang-orang yang terkena penangan jatuh cinta, ade simptom-simptom umum: suka senyum sorang-sorang, melompat bila phone ringing. biasanya, orang-orang yang demikian keadaannya selalu buat hal-hal pelik. dengan erti kata lain, mereka ANEH!!
peringatan: cinta dapat menjangkiti sesiapa je. tak pandang jarak, usia, warna kulit maupun jenis seksualiti. tak ada sesiapapun yang kebal dengan jatuh cinta.
akhir kata..mari jangkiti dunia dengan penyakit CINTA!!

kumbang : aku suka coklat.
bunga : aku tak suka coklat, tapi aku suka candies
kumbang : aku tak suka candies
bunga : tapi kamu suka tengok konsert kan..?
kumbang : aku suka tengok match football sebenranya...
bunga : aku tak suka football
kumbang : aku tak suka konsert
bunga & kumbang : bagaimana dengan berenang?? (serentak)
kumbang : aku tak pandai berenang...
bunga : ehh, aku juga...
kumbang : kalau begitu, kamu pasti tidak suka aku.....
bunga : kamu juga pasti tak suka aku....
kumbang & bunga : kalau begitu kita sepadan!!!!
~bahagia mereka~