Sunday, June 28, 2009

suka suki senang riang

waahhhhh!!! dah lama rasanya tak update entri-entri baru..
asik baca orang punya je..hari tu..hari-hari lepas..aku sungguh ketandusan idea.
dah kate duk rumah setelah sekian bulan nya..aktiviti aku sungguh terhad..tapi sejak minggu lpeas..aku dah kena mula berjogging selepas kenaikan berat badan yang mendadak..adoyyaii..!! alhamdulillah..aku berjaya menyelang-nyeli kan berjogging kat taman tepi rumah dengan daki bukit telekom seksyen 4 yang aku daki 2round skali..

tapi sejak kejadian ribut yang jadi kat KL minggu lepas..banyak jugak pokok-pokok ranap kat bukit tu..dan..sejak tu jugak laa..baru aku taw..kat bukit tu ada beruk.. lepas je ribut tu..esok nye..aku pergi la daki bukit tu..nampak pulak beruk 2ekor. sumpah aku takot! dah la aku sorang-sorang..ramai je orang lain yang daki bukit jugak..aku sorang-sorang maknanya aku tade kawan laa..hari tu jugak la aku daki bukit tu satu setengah round je..takut dengan beruk punya pasal..sekali beruk tu terkam aku ke kejar aku ke camne? dah la atas bukit..
dan sekarang buat aku terpikir-pikir..nak pegi daki bukit lagi ke tak..


Tuesday, June 16, 2009

telah tiba masanya..

mula bosan dirumah
terperuk je!
nak keluar ronda-ronda..kawan takde..
takde arah tuju jugak..
ekonomi pun tak stabil nak keluar ronda-ronda..

barulah taw nya rasa menganggur kan diri..
belum kategori menganggur ni..
baru cuti..
nak kerja..
"kat sini dah ramai pekerja la dik"
semua pun macam tu..
tak pun..
"nanti kami akan call untuk di interview"
dah dua bulan encik..malas la aku..
memberi harapan palsu je!
huh!

dengan itu..
ambil lah sebait dua
yang aku tilik-tilik dalam karya ARENA WATI

pada flora ada bunga,
pada unggas ada sayap,
pada angin ada pesan,
pada bulan ada rindu,
pada kasih ada sayang..





Thursday, June 11, 2009

made in KLATE!

baru pulang dari kampung halaman terchenta-mache, klate..
atau lebih glamer lagi "MACHESTER"

orang kelantan ni tak di nafikan ke kreatifan mereka..
machang jadi "machester"

kota bharu jadi "newcastle"
lagi? tu je yang aku taw..hahah!
sempena kepulangan kami ke kampung halaman..ada kenduri kendara la kisahnya atau lebih glamer lagi "bekwoh"
dan bekwoh ni nak menyambut sepupu ak
u yang dah pun selamat di kahwinkan.. dan tak sangka pulak..menyambut cicit pertama nenek aku..
selamat datang ke keluarga Tok Burma!!
nur sufiah wardihah nama di beri. selamat keluar dari perut mak dia jam 8.10 pagi, 4 jun 2009!

dan seorang lagi penambahan ahli baru dalam keluarga Tok Burma..

muhd ridwan.sepupu ipar baru aku! aku kena panggil dia abg wan le..hihihi~

selamat pengantin baru along dijah!selamat diijab kabulkan jam 10 malam tanggal 4 jun 2009! syabbas bette!!

janji dengan tok kadi nak nikah lepas isya'
rupa-rupanya ada tujuh pasangan pengantin yang akan di nikah kan malam yang sama dengan sepupu aku nak nikah. malam jumaat kan..masing-masing amik berkahhh....
penuh masjid tu..dengan sedara-mara aku lagi..sedara-mara orang lain jugak..
memang lama menunggu..dengan khutbah tok kadi tu lagi..dengan tok kadi yang tesasul-sasul sebut jumlah hantaran..
alhamdulillah..semua selamat!



kalau kat klate makan memang best.
daging dan ayam menu wajib.
sampai cherry berry la aku...

kepulangan ke kampung seterusnya di jadualkan raya nanti..
insya allah..
seronok pulak balik kampung..dulu masa aku kecik-kecik..
melalak-lalak tanak balik kampung ni..
haaa..sekarang..rasa asik nak balik kampung je..
mungkin ketenangan diperlukan sekarang..
huru-hura kota makin membingitkan jiwa...




Monday, June 1, 2009

bulan JUNE kembali lagiiii...!!!

Tips To Know Urself Through Birth Date
( Dr. Fadzilah Kamsah ……… )

Perwatakan
1 A Leader
2 Gentle
3 Fussy
4 Hard working
5 Approachable
6 Unpredictable
7 Obedient
8 Business Thinking
9 Glamourous

Nama : noor fariezzatul amalina
Tarikh lahir : d d m m y y y y
1 2 0 1 1 9 8 7

Kotak 1 : 3 = 3 + 0 = 3 Fussy
Kotak 2 : 29 = 2 + 9 = 11 Glamourous
Kotak 3 : 14 = 1 + 4 = 5 Approachable

Hasilnya : noor fariezzatul amalina you are Fussy , Glamourous and Approachable type of person

camana ehh dia kira..tak paham aku..yang tak tahan tu..GLAMOROUS!! fussy? ada la sikit-sikit ciri itu..dan approachable..kahkahkahkahkah..masih tunggu di "approach" nggeehheee~