Sunday, August 29, 2010

perangai tu baik sikit

maka, perang sejuk beku pun bermula..
takda la perang sangat.
tiba-tiba je makhluk tu nak terasa hati. aku pelik la.
takde sesiapa pun yang telah menyakiti hati beliau. sepanjang kami bersama tempoh hari, takda pun yang mengeluarkan isu-isu yang sepatutnya boleh dibangkitkan tapi tak nak sebut jer..dan masing-masing tak nak mengeruh kan keadaan.
tapi itulah..benda-benda kecil pun telah menjadi isu provokasi pada hemat beliau.


berhenti sekejap....








entah la anak Encik S yang seorang ni.aku doakan beliau segera mendapat rahmat. semoga beliau menyedari akan perbuatan nya yang seakan-akan mengaibkan orang dan pada masa sama mengaibkan diri sendiri. semogo beliau menemukan jalan kebahagian untuk hari esok.semoga dia menyedari hidup di dunia ini bukan hati dan perasaan diri sendiri yang patut di jaga. hati dan perasaan orang macam mana pulak?
wallahu'alam..

Sunday, August 8, 2010

KURUSus SPIES yang SPICE UP YOUR LIFE!

SPIES. Spiritual. Physical. Intelectual. Emotional. Social.
Anjuran: Gabungan Mahasiswa Kejuruteraan UNISEL.
"Sponsored": Kerajaan Negeri Selangor.

tanpa fikir panjang. aku terus daftar nama untuk menyertai kursus SPIES ni. selama 5tahun belajar kat unisel ni, mana penah ada yang ajak aku join mana-mana kursus. join camping banyak lah! kursus kahwin ada la..tapi masa tu "belum sedia". :D

masa dah bagi nama tu aku dan kawan-kawan lain tak tahu kursus ni di anjur kerajaan negeri. bila dapat taw je ingat kursus ni mesti pasal politikal yang politikus!
masa tu rasa nak tarik diri dah. tapi dapat tahu juga sesiapa yang dah bagi nama tapi nak tarik diri kena bayar! nak pergi free tak pergi kena bayar. pelik. nak tak nak pergi je laa.

hari yang di tunggu-tunggu telah tiba. sampai tempat nak naik bas..tengook muka semua peserta rata-rata students junior! alamak! terasa tua! aku dan kawan-kawan je yang dah tahun akhir.

sampai je.terus makan tengah hari yang dah siap terhidang. perut pun dah mula head bagging macam dengar petikan gitar slash.

bukan nak cerita tentatif program.aku nak cerita yang kursus ni BEST! walaupun 2hari 1malam sahaja..rahang mulut aku ni sakit sebab asik tergelak jer. sangat sangat enjoy dengan kursus ni. TIDAK ADA LANGSUNG benda benda yang berkaitan dengan politik. semua nya mengenai motivasi diri. pemantapan diri. mengenal diri sendiri. semua nya mengenai memotivasikan diri untuk lebih suksess!

mula mula malu nak tegur junior-junior ni. bila malam menjelma..boleh lepak satu meja borak-borak pulak.kira boleh "in" laa..tapi dorang ni asek kata "tak penah nampak muka korang ni kat fakulti.." ingat aku tak pergi kelas ke? tolong sikit ehhh..aku sakit-sakit badan duduk dalam kelas tu! mata berpinar mengadap whiteboard selalu!

dah hari akhir baru la enjoy terasa. baru nak lebih mesra gitu. baru ajak-ajak bergambar. baru nak tuang kan sos kat atas cekodok akak nieh..hahahahah! tapi tu lah..dah penghujung baru terasa seronook..baru nak seronok..benda dah berakhir..lumrah hidup agak nya..

apa aku dapat dari kursus? JBN-Just Be Nice. positif kan diri kita. apa sahaja perkara negatif yang di terima, kita jangan melenting. terima nya secara posotif. cuba untuk tidak membalas dendam. jangan pula dipendam. andai kan yang negatif itu sesuatu yang remeh. bukan perkara yang perlu di fikirkan secara mendalam. contoh nya ada seorang hamba makhluk ALLAH ni yang kurang respek kepada orang lain nya. kita anggap saja dia KURANG MATANG. atau lebih baik lagi DIA ORANG YANG DARI TAMADUN PURBA.sekian. wassalam!

Monday, August 2, 2010

hambar

ye. minggu ke-enam semester terakhir bermula dengan agak hambar.
aku macam tersepit. antara perasaan mereka-mereka yang memerlukan dan aku yang diperlukan oleh perasaan. kadang-kadang aku kurang setuju dengan keperluan mereka. tapi ini keperluan! bukan kehendak! dua subjek yang berbeza.

keperluan itu sendiri dari frasa kata PERLU. jadinya, ia di kategorikan sebagai perlu. kehendak ini sebenarnya lebih memihak kepada nafsu..semata-mata NAFSU!

aku sedaya upaya untuk memahami situasi sekeliling aku. tapi bila ada anasir-anasir yang cuba atau seakan-akan menghasut, aku mula serba serbi tak kena. mereka bukan menghasut sesuatu yang jahat, mereka lebih kepada "untuk kepentingan aku jugak". tambah mereka lagi aku ni spesies yang lembut hati.

aku kesian dengan mereka-mereka yang amat memerlukan. dan dengan kondisi "kurang ikhlas" aku terpaksa menghulurkan bantuan. bukan tidak sudi membantu..tapi cuba bayang kan, bantuan dipinta dengan keadaan memaksa! walau sudah di maklumkan akan kebatasan kemampuan aku sebagai seorang manusia normal.arghh! kalau tak tolong..pasti nya ayat ini akan keluar "dorang ni tak paham aku ke?"

ada jugak dalam mereka-mereka yang memerlukan ini secara tidak terang minta bantuan. aku faham dan sedar, mereka lebih kepada meminta sokongan. sokongan utuh agar kami memahami situasi mereka. mereka seolah-olah menyalah kan orang di sekeliling mereka kerana tak memahami keadaan mereka bila bantuan tidak dipertimbang dengan kadar segera. tapi mereka-mereka ini pula tidak jugak nak faham perasaan aku.

sudah berselirat agak nya segala medula oblongata dan urat-urat otak. tolak ansur itu sendiri seperti tidak pernah wujud sejak azali lagi. bila kita akan saling memahami dan cuba mempraktikkan keadaan sudi memberi dan menerima seikhlas mungkin?