Tuesday, July 28, 2009

dia datang..
jeng jeng jeng..
dengan lenggang lenggok nyaaaa...

dia datang..
jeng jeng jeng..
dengan senyum simpuull nyaaaa...




hahahahahhaha!
sewel!!


Thursday, July 23, 2009

hari ini

ke mana agaknya awan berarak pergi..
ingin ku ikut sekali..









macam biskut..
ada ke tidak?
tahu tak aku rindu kau?

Saturday, July 18, 2009

ada aku kisah?

satu petang di pejabat pos carrefour wangsa maju...

"kak, saya nak pakai courier macam mana ehh?"

"hah??apa tu?"

"ala..courier..courier (aku sebut ku-ri-yer..ayah aku sebut korea) yang macam pos laju tuu.."

"insurans ke dik??"
dia ingat kurnia insurans kot..aku salah sebut atau dia salah dengar?

aku rasa nak pengsan dah kat sana..kerja pejabat pos..ku-ri-yer pun tak tahu..

sebenarnya aku kena sebut "nak pos laju macam mana"
silap aku jugak..

tapi kerja pejabat pos tak kan tak tahu courier!
suka hati lah!

Monday, July 13, 2009

A couple of hundred years ago, Benjamin Franklin shared with the world the secret of his success. Never leave that till tomorrow, he said, which you can do today. This is the man who discovered electricity. You think more people would listen to what he had to say. I don't know why we put things off, but if I had to guess, I'd have to say it has a lot to do with fear. Fear of failure, fear of rejection, sometimes the fear is just of making a decision, because what if you're wrong? What if you're making a mistake you can't undo? The early bird catches the worm. A stitch in time saves nine. He who hesitates is lost. We can't pretend we hadn't been told. We've all heard the proverbs, heard the philosophers, heard our grandparents warning us about wasted time, heard the damn poets urging us to seize the day. Still sometimes we have to see for ourselves. We have to make our own mistakes. We have to learn our own lessons. We have to sweep today's possibility under tomorrow's rug until we can't anymore. Until we finally understand for ourselves what Benjamin Franklin really meant. That knowing is better than wondering, that waking is better than sleeping, and even the biggest failure, even the worst, beat the hell out of never trying.
--Dr. Meredith Grey



Friday, July 10, 2009

mimpi-mimpi indah

bangun tido je..aku mengucap panjang!
gilaaa!
aku rasa dah kerap sangat mimpi yang sama..dalam seminggu, sekurang-kurangnya sekali mimpi benda sama.
sebelum tido dah basuh kaki..
sebelum lelap mata..dah baca doa..
klaw dah selalu sangat..bukan indah lagi mimpi ni..
buat aku takot! seram! bedebar-debar!
orang kata..mimpi tu mainan syaitan..tapi klaw dah kerap macamni..
aku try jugak google
ni hasil nya..


Perkawinan

Jika anda bermimpi berada dalam satu perkawinan atau anda mengiringi pengantin, bermakna sahabat anda tidak akan terlepas dalam pergaulan sehari-hari ia juga akan memberi pertolongan kepada anda. Dan jika anda sendiri yang mimpi kawin, bersirat keberuntungan akan tiba.

haha! memang aku mimpi pasal kahwin..dan banyak kali jugak!
nak buat macam mana?
aku buat andaian sendiri..ada orang dalam rumah ni nak kahwin..
ada 2 orang je layak..
mustahil aku!
akak pun belum..tah-tah dia..umur dah lanjut tu.
abang faiz SANGAT lambat masuk pinang akak laa!
cepat la bro! lambat-lambat..rugiiiii..ngeeeheheheheheh!



ehem-ehem: buleh pecaya ke tafsir-tafsir mimpi tu?

Monday, July 6, 2009

semua orang taw..suka hati la nak bgtaw lagi..

KELEBIHAN BULAN REJAB

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari.
Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar
kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan
bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan
memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,
nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan
Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi
(Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang,
yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan
daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal
di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.


Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Saturday, July 4, 2009

d i a m

tak perlu puas kan hati aku,
aku belum kenal erti puas..

aku juga..tak suka puas kan hati orang..
manusia ni..kenal ke dengan erti kata puas?
susah!