Friday, February 5, 2010

data information, knowledge, wisdom, innovation

Prof Aziz kata,
"sekarang ni kamu dalam level gaining data information..setakat salin-salin notes..habis class..simpan dalam file je..esok sama jugak..bila test ke exam ke baru carik balik notes-notes tu.. klaw grad setakat level ni je kamu ni 'engineer cabuk' je..

"gained knowledge" he adds more.how?
"dari data information tu..apply kan..apply on everyday routine..misal kata hari ni kamu belajar pasal internal combustion engine, hari-hari belek la engine kereta kamu..klaw pkai moto..belek moto..see how piston works..puts more attention on which parts you interest more..mechanical not just engine..its varieties..klaw dalam level knowledgeable ni..bley jadi 'consultant' dah.." dalam hati aku..consultant kaya jugak..bley demand gaji 10k above!

lepas dah ada dua yang atas tu..baru la kita ni seorang yang ber'wisdom'..seorang yang kira nya menjadi bahan rujukan untuk upgrading next research..huhu..agaknya laa..aku pun tak taw..haha~

and then, baru la kita bley buat innovation. Prof Aziz kata lagi.."our prime minister said this year is year of innovation..semua kita akan innovate..homemade.homegrown.."

taaapppiii..antara level-level tertera di atas..bukan nya sesenang nak move from one level to another.."you have to build a bridge acrossing the 'death valley'..bina structure yang kuat..yang bley tahan smp bila-bila"he add again.

betullah la tu. aku setuju! hah! aku setuju jer..ape yang aku tak setuju ape Prof cakap. yang aku paling suka ayat Prof lepas sesi motivation yang membuat kan aku sakit pundi kencing tu
"We know ALLAH always be by our side..but we always forget HIM"

Tuesday, January 12, 2010

selamat harijadi amalina!!!

dah 23 tahun dah umur aku ni..
masa aku kat PLKN dulu..(aku ni ex-wirawati taw!!) cikgu nora tu cakap..umur tu sekadar nombor je..yang penting diri kita ni..

aku suka istilah "BELUM TUA..TAPI DAH MATURED.."
sesetengah orang kata.."life begin at 40"
tapi yg umur 40 pun kadang-kadang lagaknya macam 14tahun..
entah laa.dunia..dunia..

doa aku untuk umur tahun ni..

semoga panjang kan lah umur aku untuk terus menikmati nikmat2 yang belum dinikmati..
semoga kejayaan akan sentiasa bersama aku..
semoga rezki tu murah sentiasa..
semoga apa yang di impikan termakbul..
semoga beseri sentiasa..hihihi
semoga sihat tubuh badan..takde penyakit mudarat..
semoga sihat akal fikiran
semoga dirahmati ALLAH Taala sentiasa..
semoga diberi petunjuk dan hidayah..
semoga ditetapkan iman..dan di kuat kan semangat..
semoga berubah diri dari kurang baik kepada lebih baik
dengan izin NYA insya allah

amin ya rabbana alamiiinnnn~




tiup lilin sikittt....ngeheheh!

Saturday, January 9, 2010

teguh lagi berdiri

bermulalah kisah baru, lembaran baru, buku baru, kitab baru atau apa saja yang boleh aku garap dan isi di dalam nya tentang diri aku.
tahun 2010 ni bakal menjadi sebahagian dari cabaran yang perlu aku dan family tempuhi.
aku doakan semua nya lancar..dengan izin NYA-insya ALLAH..

memula, daddy dah decide untuk berhenti kerja..dia kata "tahun ni mmg tahun untuk bersara, dah lama rasanya kerja dengan orang..daddy rasa nak quict. bisnes is still a bisnes..so i'm TRYING to running mine.." semua senyap..
jauh di sudut hati aku..aku tak suka bisnes..biarlah daddy kerja makan gaji pun..janji kita semua happy!bukan nya klaw dah ada bisnes sendiri kita tak happy..tapi..pasti dalam bisnes ni nanti akan ada cubaan, dugaan, ujian, cabaran dan macam-macam lagilah bakal dihadapi..itu yang aku takut. aku ada masalah FEAR OF FAILURE.insya ALLAH..semua selamat..aaammiiinnnn =_=

masa failed beberapa subject aku tak takut pulak!! tapi mungkin disebabkan aku rasa aku masih ada peluang utk memperbaiki silap2 lampau tu..tapi memandang kan 2010 ni juga adalah tahun keempat aku belajar tahun akhir aku mengerah tenaga minda untuk excel dalam study..ketakutan tu datang dalam diam..aku dah mula risau kan CGPA aku..bley ke lagi dua sem je ni aku nak pulun habis-habisan..aku taknak mummy dan daddy kecewa dengan aku setelah berbangga masa akak grad dulu..aduuuhhhh..lemah rasa!

pesanan daddy dan mummy tahun ni;

"ingat..daddy dah takde gaji bulan-bulan mcm dulu..
might be kita tak sesenang like before..
bukan tak nak bagi kesenangan..tapi BERPADA-PADA laah..
akak dah boleh dikategorikan sebagai "dah selamat"
adik, habis blaja jangan buang masa..cari kerja cepat-cepat..klaw tak kerja dengan daddy..
tinggal intan dengan doddy nie..nak kena settle kan..


semua diam je
tak taw laahh
faham ke
setuju ke
ingkar dalam diam ke
....................


semoga kejayaan akan terus bersama kita..
semangat tabah dan yakin diri kekal di sisi
teguh la wahai diri kita!

Sunday, January 3, 2010

alamak! dah lambaatttt...!!!

blog aku sememangnya di anak tirikan oleh aku..tak sengaja..tak berniat sekalipun untuk menganak tirikan..tiba-tiba je rasa kurang rajin untuk berkongsi, meluahkan cerita disini..tapi kali ni rajin sikiittt je

bulan disember, bulan yang cukup sibuk untuk aku dan keluarga.
setiap minggu ada saja majlis untuk di attend. bermula dengan majlis "gah" pertunangan abang Effy.mula-mula aku ingat nak pergi..siap dah tempah baju kaler pink lagi..nak ikut tema la katakan..last-last..hampeh..daddy kata "tayah pegi ramai-ramai la..betunang je pun.." aku dan kakak dan juga cousins ku mira dan ina melencong ke alamanda.yayyy~

minggu berikutnya..pergi langkawi..hajatnya ke pulau pangkor. tah macam mana boleh tersesat sampai langkawi. langkawi, dah tak berapa nak best! pergi pulak time tengah cuti..orang kata memang peak hours la..servis teruk-teruk..kereta sewa susah nak dapat.dengan orang yang ramai GILA! bersesak-sesak di setiap penjuru kedai..kalau tak ramai..dah lama aku borong coklat kat HJ ISMAIL GROUP tu.. pergi makam mahsuri dengan beras terbakar je..itupun buang peluh je.pada pandangan saya..tempat tu menarik..tapi tak cukup menarik perhatian saya secara peribadinya..ewwah..aku kan komentar bertauliah..tak sempat pergi pantai ke cable car ke disebabkan kesuntukan masa.haishhh

kemudian minggu berikutnya..bertubi-tubi majlis kahwin..sehari sampai dua kali.siang dan malam.selamat pengantin baru untuk kawan ku Nurina Fauzan (26dis), jiran ku kak Farah (26dis) dan sepupu ku kak Nurul (27dis). kak Tiza (19dis) aku punya senior.

cerita-cerita aku memang dah lambat untuk di kongsi pun. tapi...lantaklah!
selamat tinggal 2009! semua kenangan kita bersama akan aku sematkan dalam sanubari..ewwah!

dan kini..kemunculan 2010 yang mendebarkan.
umur bertambah satu..
kerja bertambah banyak..
komitmen yang menggunung
azam?
tak pernah terlintas untuk berazam
cuma berdoa dan berharap mampu mengekalkan iltizam untuk mencapai kejayaan
semoga tak goyah hati..tak hilang pedoman..tak lalai..dan terus waras.
amin ya rabbana alamin...

Friday, November 20, 2009

selesai

sekejap je rasa..dah genap 4 bulan aku menginap di bangi...
4 bulan jugak..aku mempraktikal kan diri di SONY EMCS (south plant) bangi.
penat..tak payah cerita...kerja apa tak penat..
aku seronok..dalam last speech aku.."THIS IS THE MOST PRICELESS EXPERIENCE EVER.." dengan poyo nye aku..ahahha..dan Mr.Goh BP kate.."thanx so much..without trainees kat dept ni..susah jugak kite.."

aku belajar macam-macam..sekarang aku dah ada skill nak solder menyolder..aku ada skill ketat-ketat kan skru..aku ada skill ukur mengukur..hahah..aku ada skill repair tape dispenser.. aku ada skill repair pallet..aku ada skill repair auto screwdriver..aku ade skill jalan laju..aku ada skill angkat TV 32" hahahah!! dan macam-macam lagi skill aku dapat..
terima kasih tak terhingga kepada team member TV-ME Machine Maintenance Sony EMCS; nahrul, azharuddin, iqbal cap ayam, shah iran, chem, woak, daus, pokli, nadzir, ustad, nizam ramli, nizam arshad yang semua nya aku panggil mereka "abang" dan tak lupa jugak nagen papachenko, hadi awang, wak itik, ikhwan, syahmi to, lukman jugak shukri jack sparrow. tak ketinggalan Kak Su dan Kak Jue which is my penyimpan mohor besar raja-raja..heheh~

seronok kerja shift malam..
lepak dekat "zoo melaka"
buka puasa sesama..bersahur sampai 2-3 kali.
panjat tangga 12kaki..
usung "dalmec" set yang dalam kotak macam keranda.
selam bawah conveyor.
borak-borak dengan operator.
bergaduh dengan supervisor.
kena letrik shot yang beribu kilo watt.
cuci mata tengok ENGINEER..haha!
tengok bilik cepat mati..haha which is room for smoking area.
main mata dengan MRY.
kerja macam kenduri bila nak install pallet baru..
kerja 2minit buat 2jam.
merasa gaji yang masyyuuuukkk..
minum air coklat sedap kat vending machine.
pakai uniform technician.
pakai kasut ESD yg aku punya je ada conteng-conteng.
buat wiring kat line.
belajar macam-macam ayat pelik.."john..enja..mengrutu.."
kena bangun pagi pukul 5..mandi air sejuk gila bibo..
kadang-kadang punched in pukul 5 pagi..
paling best kena bersenam dengan lagu ala-ala lagu doremon.
sprit burning "BOLEH..BOLEH..BOLEHH!!!"
tak payah present projek..hehehhe!
kena "bagero" dengan jepun tak mandi tu..
orang panggil aku "budak bongek"
orang ingat aku orang negeri sembilan.
macam..macam..macam..lahhh..

semuanya akan terus kekal sebagai memori..semua nya akan terus melekat sebagai kenangan.
pendek kata..BESSSTTTTT!!!!!






p/s: siapa jumpa muhamad ruzaini yusri b. md yusuf..sila kembali kan kepada saya secepat mungkin.time kasih..

Tuesday, November 10, 2009

kisah cerekarama aku

abang nizam kata "dia bukan sombong malina..dia ego..biasalah.."
aku..senyum saje..

mata kita cuba bertentang
tapi perasaan kita menghalang
adakah takdir telah kita lawan?

kita sombong
kita egois

kita bertemu.. itu TAKDIR..
tapi semua yang hampir-hampir terjadi..kita LAWAN..



ini manusia yang bernama AKU.


Monday, October 19, 2009

ubat kuat!

dah lama tak bercorat-coret lepas last entry yang bertarikh bila aku pun tak ingat..tapi dalam bulan september..
tuu laa..orang blogging..kau pun nak jugak..amalina..amalina..apelah kau ni! takde individualism.
tapi..nak update..MALASSS!!
aku bukan malas..aku SIBUKKKK..ah! alasan!

tapi inilah hakikatnya..kerja kilang..memang tak merasa nikmat hidup..pagi masuk kerja jam 6 pagi.. balik 6 petang..balik dah penat..mata jeling-jeling katil je. tapi memikirkan badan belum sental..baju belum gosok..perut belum isi..kena gagahkan juga..taw-taw dah jam 10 malam.memang waktu tepat untuk tidur! berita-berita terkini jangan harap lah nak update..memang aku akan lambat tahu..surat khabar aku belek hujung minggu sahaja..
memang 24jam sehari rasa tak cukup..12jam duduk dalam kilang..hujan ribut panas terik aku taktaw ape yang jadi kat luar..
apa bley buat..bak kata azwan abdullah..DAH TAKDIRRRR..

aku mencari ubat kuat.
yang bley menguatkan mata.
menguatkan tenaga untuk bangun pagi
menguatkan diri untuk gosok baju
menguatkan tangan untuk menyuap makan dalam mulut.
menguatkan diri untuk belajar lebih dan lebih lagi.
menguatkan telinga bila kena bebel
menguatkan lidah biar kata-kata aku yang keluar yang sedap di dengar.
menguatkan bibir untuk senyum bila jumpa si mata kucing..meoowww~
menguatkan diri bila kena kerja untuk iqbal!
aduuhhh...
semoga aku terus kuat untuk semuaaaa!!

dilema aku belum berakhir..
antara itu dengan itu..
adakah mata yang bekerjasama dengan hati ini bley meyakin kan segala nya
adakah kerjasama mereka bley aku percaya..
adakah doa-doa dan harapan yang ada sesekali jadi nyata itu..satu yang realiti
adakah semuanya hanya fantasi dan ujian semata-mata..
kita tengaok nanti..

tapi hati aku dah tak sabar..
*phewww*