Sunday, August 8, 2010

KURUSus SPIES yang SPICE UP YOUR LIFE!

SPIES. Spiritual. Physical. Intelectual. Emotional. Social.
Anjuran: Gabungan Mahasiswa Kejuruteraan UNISEL.
"Sponsored": Kerajaan Negeri Selangor.

tanpa fikir panjang. aku terus daftar nama untuk menyertai kursus SPIES ni. selama 5tahun belajar kat unisel ni, mana penah ada yang ajak aku join mana-mana kursus. join camping banyak lah! kursus kahwin ada la..tapi masa tu "belum sedia". :D

masa dah bagi nama tu aku dan kawan-kawan lain tak tahu kursus ni di anjur kerajaan negeri. bila dapat taw je ingat kursus ni mesti pasal politikal yang politikus!
masa tu rasa nak tarik diri dah. tapi dapat tahu juga sesiapa yang dah bagi nama tapi nak tarik diri kena bayar! nak pergi free tak pergi kena bayar. pelik. nak tak nak pergi je laa.

hari yang di tunggu-tunggu telah tiba. sampai tempat nak naik bas..tengook muka semua peserta rata-rata students junior! alamak! terasa tua! aku dan kawan-kawan je yang dah tahun akhir.

sampai je.terus makan tengah hari yang dah siap terhidang. perut pun dah mula head bagging macam dengar petikan gitar slash.

bukan nak cerita tentatif program.aku nak cerita yang kursus ni BEST! walaupun 2hari 1malam sahaja..rahang mulut aku ni sakit sebab asik tergelak jer. sangat sangat enjoy dengan kursus ni. TIDAK ADA LANGSUNG benda benda yang berkaitan dengan politik. semua nya mengenai motivasi diri. pemantapan diri. mengenal diri sendiri. semua nya mengenai memotivasikan diri untuk lebih suksess!

mula mula malu nak tegur junior-junior ni. bila malam menjelma..boleh lepak satu meja borak-borak pulak.kira boleh "in" laa..tapi dorang ni asek kata "tak penah nampak muka korang ni kat fakulti.." ingat aku tak pergi kelas ke? tolong sikit ehhh..aku sakit-sakit badan duduk dalam kelas tu! mata berpinar mengadap whiteboard selalu!

dah hari akhir baru la enjoy terasa. baru nak lebih mesra gitu. baru ajak-ajak bergambar. baru nak tuang kan sos kat atas cekodok akak nieh..hahahahah! tapi tu lah..dah penghujung baru terasa seronook..baru nak seronok..benda dah berakhir..lumrah hidup agak nya..

apa aku dapat dari kursus? JBN-Just Be Nice. positif kan diri kita. apa sahaja perkara negatif yang di terima, kita jangan melenting. terima nya secara posotif. cuba untuk tidak membalas dendam. jangan pula dipendam. andai kan yang negatif itu sesuatu yang remeh. bukan perkara yang perlu di fikirkan secara mendalam. contoh nya ada seorang hamba makhluk ALLAH ni yang kurang respek kepada orang lain nya. kita anggap saja dia KURANG MATANG. atau lebih baik lagi DIA ORANG YANG DARI TAMADUN PURBA.sekian. wassalam!

2 comments:

Anonymous said...

nice one amma

-aizzah

.supertitans. said...

eheh.
thanx!