Monday, August 2, 2010

hambar

ye. minggu ke-enam semester terakhir bermula dengan agak hambar.
aku macam tersepit. antara perasaan mereka-mereka yang memerlukan dan aku yang diperlukan oleh perasaan. kadang-kadang aku kurang setuju dengan keperluan mereka. tapi ini keperluan! bukan kehendak! dua subjek yang berbeza.

keperluan itu sendiri dari frasa kata PERLU. jadinya, ia di kategorikan sebagai perlu. kehendak ini sebenarnya lebih memihak kepada nafsu..semata-mata NAFSU!

aku sedaya upaya untuk memahami situasi sekeliling aku. tapi bila ada anasir-anasir yang cuba atau seakan-akan menghasut, aku mula serba serbi tak kena. mereka bukan menghasut sesuatu yang jahat, mereka lebih kepada "untuk kepentingan aku jugak". tambah mereka lagi aku ni spesies yang lembut hati.

aku kesian dengan mereka-mereka yang amat memerlukan. dan dengan kondisi "kurang ikhlas" aku terpaksa menghulurkan bantuan. bukan tidak sudi membantu..tapi cuba bayang kan, bantuan dipinta dengan keadaan memaksa! walau sudah di maklumkan akan kebatasan kemampuan aku sebagai seorang manusia normal.arghh! kalau tak tolong..pasti nya ayat ini akan keluar "dorang ni tak paham aku ke?"

ada jugak dalam mereka-mereka yang memerlukan ini secara tidak terang minta bantuan. aku faham dan sedar, mereka lebih kepada meminta sokongan. sokongan utuh agar kami memahami situasi mereka. mereka seolah-olah menyalah kan orang di sekeliling mereka kerana tak memahami keadaan mereka bila bantuan tidak dipertimbang dengan kadar segera. tapi mereka-mereka ini pula tidak jugak nak faham perasaan aku.

sudah berselirat agak nya segala medula oblongata dan urat-urat otak. tolak ansur itu sendiri seperti tidak pernah wujud sejak azali lagi. bila kita akan saling memahami dan cuba mempraktikkan keadaan sudi memberi dan menerima seikhlas mungkin?

No comments: