Sunday, May 30, 2010

seorang rakan yang berstatus

akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba.
kawan aku yang bernama ayang dah pun menjadi milik "separa sah" kepada tunang beliau encik ISketambola.
tahniah dan selamat bertunang diucapkan kepada kalian.
huhu~

dalam sengal-sengal dia tu..dia jugak yang setel dulu.
macam tak pecaya ada jugak yang dia nak bertunang.
tapi bila dah nampak..haaaa..betul lah tu! sah! sahih!
dia dengan encik tunang tu sempoi je ber'aku' ber'kau'.
kadang-kadang laa..dalam diam-diam sape taw..bersayang..ber'i' ber'u' kaaann..takan nak tunjuk.

nnt aku sebilik la dengan tunang orang! haha~
lawak pulak rasa!
entah kenapa ehh..

kawan-kawan aku dah mulai menukar status.
masing-masing menambah tittle makwe orang laa..tunang orang laa..ada yang nak jadi bini orang pun ada..mak orang je aku blum jumpe lagi..harap-harap belum ada la kawan-kawan rapat aku berstatus mak orang. nanti ye kawan-kawan. aku belum ada status apa-apa lagi nih! single all the way................

kadang-kadang aku dah pandai rasa panas hati bila orang yang tah sapa-sapa ni tanya aku "bila nak kahwin?"
eh ehh..baru 23 tahun la! ayah aku kahwin umur dia 27..rileks je..
tu ayah aku laa..mak aku kahwin umur 24.hihi~
baru umur 23 tahun dah terasa bila orang tanya cmtu..klaw yang umur lagi lanjut tu di tanya macam tu..lagi terasa kann..

sepatutnya kita ni soal-soal macam tu jangan la di tanya..bukan nya tak mencari..cuma tak kena jodoh lagi..tu semua kan kerja ALLAH..awak nak sibuk kenapa..tunggu je lahh..klaw ada..ada lahh..klaw takda..nak buat macam mana.. yang pasti manusia ini di cipta berpasang-pasangan..
yang soleh ditemukan dengan solehah begitu jugak sebalik nya..
perempuan yang terlalu memilih tu bukan soal nya. sebab perempuan itu sendiri pasti tahu apa yang dia mahukan.

empunya diri yang berdoa adalah lebih mujarab. so, doa adalah jalan terbaik..apa-apa terjadi sekali pun..kembali lah kepada yang Maha Esa.


macam ostazah pulokk~


Friday, May 14, 2010

psychotic!

petang tadi..bersamaan khamis 13may 2010..kawan2 se'batch' masa foundation year datang bertandang kat rumah sewa kami ni..
nama je se'batch'..tapi dorg ni stud mechatronic.still sefakulti jugak laa..
nak di jadikan cerita..
kami se'batch' tapi dorg dah nak grad bulan 9 ni!
dorg dah habis belajar dulu!
sakit nya jiwa aku tengok mereka!
takda azab sebagai student lagi dah!
siap dapat offer untuk jadi permanent kat company dorang buat pratical lagi..
ada yang dah kena panggil untuk interview..
company bukan calang-calang..
masing-masing oil&gas company la..
company apa tah lagi..agak gah jugak laa


the moral of the story..
jumpa dengan mereka jadi macam psycho sikit.
dorang dah seronok dapat kerja.
aku n the gang tah macam mana la nanti..dapat tak kerja se'gah' mereka.
bakal bergelar "engineer"
wowww!
taaapiiii...dorang kata "student life is the best! dah kerja tak merasa nak enjoy sakan..nak gelak-gelak sampai pipi kembang-kembang.."
hmmmmmm~

Wednesday, April 28, 2010

erk~

ketegangan jiwa melanda!
tension sepanjang 2minggu..
final report pre thesis yang dah lapan juta kali agaknya kena reject..direject lagi..
cerewet betul supervisor aku!
tapi kawan-kawan aku kata..aku dapat supervisor yang bagus..berkaliber..membantu student.. memberi guidance tebaik..haha! yeke??
betul la tuuu,,sampai sakit jiwa aku tetiap kali kena mengadap printer..

pastu assignment ice plak..kena compiled semua kerja dari awal sem haritu hanta sekali..
kerja ice tu bukan calang-calang,,tengok lecturer plak..Prof Dr Ir Abdul Aziz Hassan..
bukan nya dari awal sem tu tak buat..bila tunjuk kerja kite kat Prof..ada je silap nya..kena betul kan..klaw dah kena betul kan..gamakny memang aku peram dulu laa...
tengook..dah hujung tanduk baru nak menggelabah! menggelabah doyak!

dengan final exam yang bakal menjelang tiba minggu depan..first paper..VIBRATION!
the killer is killing me!
nasib la 3 paper je sem ni..
apalah nasib aku sem ni..

sem depan dah final sem final year..
macam mana nak pulun ni?????







semoga aku beroleh hidayah..kembali fatonah..mahmudah..istiqomah..dan segala-gala mah lagi laaa...amiiiinnnn~

Wednesday, March 31, 2010

edisi bedah siasat

"kita ni macam bawang taw..satu busuk..esok-esok semua benjangkit busuk.."

aku dah nampak betapa busuk nya jiwa seseorang itu.
makhluk pelik itu..aduuhhhh..
aku bukan nak kata..aku pandai menilai orang..tapi bila ada jugak beberapa orang lain dah terkena dengan makhluk tu..sapa betul? aku salah ke?

nak cakap belakang sila kan..tapi jangan sampai balik kat tuan empunya diri.
awak ade kabel besar?
pengalaman awak "lebih"?
awak kena ingat asal usul awak..
makhluk..makhluk..

diri makhluk tu dah mula busuk.
sekarang..dia dalam usaha meluaskan jajahan takluk nya..
untuk cuba meng"condemmed" kami empat serangkai.
yelah..kami "baru"
"takde pengalaman" bersama orang lama..
itu semua tahiiikk!
klaw begitu..kenapa kami terpilih?

tak dinafikan..awak hebat..awak tahu apa kerja awak..
kenapa..awak tak pernah terpilih di kalangan mereka terpilih itu?
kalau lah makhluk itu bley jawab..huh!

awak tak pernah nak memberi sokongan secara mental, jiwa, rohaniah kepada mereka-mereka yang dikalangan awak jugak..
awak suka setuju bila "bos" secara ikhlas "tembak" kami..
awak cakap tak pernah fikir..
awak rasa awak betul?
come and fit in our shoes!!

biarlah!
aku hanya boleh doakan
semoga ALLAH TAALA sentiasa melimpah kan rahmat dan hidayah kepada makhluk itu.
semoga dia kembali sedar bahawa dialah punca bawang yang busuk itu.
dia bukan bawang..tapi dia adalah kulat, racun, fungus, bahan kimia atau apa saja yang telah menjakiti bawang-bawang lain nya.
masing-masing empunya mulut..
cakaplah!
cakap sampai puas!
dah sampai masa nanti..kalian diam!

aku dengar saja.
yang elok aku simpan.
yang BUSOK aku pijak-pijak!

hah!
astaghfirullah hal aziiimmmmm~

Friday, March 19, 2010

buang masa aku!

aku INGAT klaw aku berdiam diri masih ada yang akan perasan kehadiran aku.
aku INGAT klaw aku berbual mesra, bergurau senda ada orang akan faham situasi aku macam mana..
aku INGAT klaw aku selalu mintak tolong dengan orang..orang akan tahu..dia sangat amat diperlukan..
aku INGAT klaw hanya dengan senyuman lirikan manis aku ni orang akan tahu..apa aku cuba sampaikan di sebalik semua itu..
aku INGAT dengan kata-kata lembut aku..walaupun aku bukan nya spesies lemah gemalai.. orang akan pandai menafsir segala tersirat itu.

semua nya aku hanya INGAT.
bila dah terjadi baru tahu.semua tu hanya INGAT.

cukuplah tiga tahun.
nak berlama-lama..
tak sanggup lagi dah.
itu mulut dan hati yang berpendapat.
tapi takdir itu semua ketentuan ALLAH TAALA.

sekian~

Monday, March 1, 2010

orang sana orang sini

ada orang pandai.
tapi dia duduk mendiamkan diri..
buat hal sendiri

ada orang pandai.
tapi dia suka bercerita.
suka berkongsi.

ada orang kurang pandai.
tapi berusaha nak pandai.
cuba mendekati mereka yang pandai.
kuat usaha mereka

ada orang kurang pandai.
tapi malas!

ada orang pura-pura pandai.
sedangkan mereka ini bodoh!
pandai bercakap.
sangat suka bercakap.
bercerita sana sini.
menjaja hal sekian-sekian merata-rata.
tanpa mereka sedari, kebodohan terserlah secara tak sengaja nya.
tapi mereka tak sedar.
mereka masih bongkak!

manusia, susah untuk nampak kesalahan diri sendiri.
aku tahu itu..
tapi, lama sangat kah untuk menyedari diri kita sebenarnya salah?


Friday, February 5, 2010

data information, knowledge, wisdom, innovation

Prof Aziz kata,
"sekarang ni kamu dalam level gaining data information..setakat salin-salin notes..habis class..simpan dalam file je..esok sama jugak..bila test ke exam ke baru carik balik notes-notes tu.. klaw grad setakat level ni je kamu ni 'engineer cabuk' je..

"gained knowledge" he adds more.how?
"dari data information tu..apply kan..apply on everyday routine..misal kata hari ni kamu belajar pasal internal combustion engine, hari-hari belek la engine kereta kamu..klaw pkai moto..belek moto..see how piston works..puts more attention on which parts you interest more..mechanical not just engine..its varieties..klaw dalam level knowledgeable ni..bley jadi 'consultant' dah.." dalam hati aku..consultant kaya jugak..bley demand gaji 10k above!

lepas dah ada dua yang atas tu..baru la kita ni seorang yang ber'wisdom'..seorang yang kira nya menjadi bahan rujukan untuk upgrading next research..huhu..agaknya laa..aku pun tak taw..haha~

and then, baru la kita bley buat innovation. Prof Aziz kata lagi.."our prime minister said this year is year of innovation..semua kita akan innovate..homemade.homegrown.."

taaapppiii..antara level-level tertera di atas..bukan nya sesenang nak move from one level to another.."you have to build a bridge acrossing the 'death valley'..bina structure yang kuat..yang bley tahan smp bila-bila"he add again.

betullah la tu. aku setuju! hah! aku setuju jer..ape yang aku tak setuju ape Prof cakap. yang aku paling suka ayat Prof lepas sesi motivation yang membuat kan aku sakit pundi kencing tu
"We know ALLAH always be by our side..but we always forget HIM"