Sunday, October 24, 2010

nak kaya ke tidak?

ini aku baca dalam surat khabar mingguan malaysia edisi ahad, 24hb oktober 2010.
tulisan Hafizahril Hamnid. (kena cite kan sapa penulis..nanti dituduh plagiarism)


RAMAI yang beranggapan ilmu adalah kunci kejayaan dalam hidup. Telah terbentuk dalam pemikiran hampir semua kita untuk berjaya mesti belajar sampai ke universiti. Setelah menamatkan pengajian maka hidup mereka akan lebih terjamin dan masa depan yang lebih gemilang menanti untuk diterokai.

Oleh sebab itu kita tidak boleh salahkan sesiapa waima ibu bapa jika mereka menuntut anak-anak mereka supaya menamatkan pengajian.

Namun sehingga sekarang ramai yang masih keliru dengan apa yang dimaksudkan dengan ilmu. Apakah sekadar menamatkan pengajian sudah cukup untuk mendabik dada bahawa diri mereka sudah terlalu bijak dan berjaya.

Ramai juga yang masih terumbang ambing setelah menamatkan pengajian sama ada dalam mencari pekerjaan, membina kerjaya mahupun mencari matlamat hidup.

Sesungguhnya ilmu yang diperoleh ketika di universiti adalah sekadar landasan kukuh untuk menempa hidup yang lebih baik namun tidak semestinya ia mampu melakar yang terbaik.

Sementelah pengalaman hidup yang diperoleh sama ada melalui kejayaan mahupun kegagalan adalah ilmu paling baik pernah diterima manusia dalam membentuk diri menjadi lebih sempurna.

Jika tidak kenapa begitu ramai manusia yang berjaya malah ada yang sehingga menjadi antara manusia terkaya dunia sebenarnya tidak menamatkan pengajian di peringkat universiti mahupun sekolah menengah.

sebenarnya orang ni nak bagitau, ada orang tak belajar habis pun sekarang ni antara orang terkaya dunia. mostly dalam top 10! tapi takkan semata-mata nak berada sebaris dengan orang terkaya dunia kita tak payah bersekolah kan? rezeki masing-masing jugak. prof aku pun pernah cerita, kawan dia sekolah takat PMR je. tapi skill dia sebagai mekanik modified engine sana..modified engine sini..sekarang kat rumah ada FERRARI 2 bijik!


yang pastinya kejayaan adalah berlandaskan kepada kesungguhan usaha, kreativiti, sifat percaya kepada kebolehan dan keupayaan diri.

Mungkin ada yang berpandangan selepas ini tidak perlu lagi untuk belajar tinggi kerana semua orang boleh berjaya. Namun kita perlu bertanya balik dari berbilion penduduk dunia hanya beberapa kerat sahaja yang terpilih untuk berjaya tanpa pelajaran tinggi. Tapi jika hanya sekadar mahu berhenti sebab malas dan kemudian berangan-angan untuk menjadi kaya pasti itu satu tindakan paling bodoh yang seseorang lakukan dalam hidupnya.

2 comments:

KameraBuruk said...

Betul!

Siti Sofiah,Muar said...

Betul..! Kalau nak kaya kenalah ada usaha dan semangat...

Baru kena caranya..

Teknik Side Income- 5 yang pertama sahaja!
Tips Buat Duit