Sunday, January 3, 2010

alamak! dah lambaatttt...!!!

blog aku sememangnya di anak tirikan oleh aku..tak sengaja..tak berniat sekalipun untuk menganak tirikan..tiba-tiba je rasa kurang rajin untuk berkongsi, meluahkan cerita disini..tapi kali ni rajin sikiittt je

bulan disember, bulan yang cukup sibuk untuk aku dan keluarga.
setiap minggu ada saja majlis untuk di attend. bermula dengan majlis "gah" pertunangan abang Effy.mula-mula aku ingat nak pergi..siap dah tempah baju kaler pink lagi..nak ikut tema la katakan..last-last..hampeh..daddy kata "tayah pegi ramai-ramai la..betunang je pun.." aku dan kakak dan juga cousins ku mira dan ina melencong ke alamanda.yayyy~

minggu berikutnya..pergi langkawi..hajatnya ke pulau pangkor. tah macam mana boleh tersesat sampai langkawi. langkawi, dah tak berapa nak best! pergi pulak time tengah cuti..orang kata memang peak hours la..servis teruk-teruk..kereta sewa susah nak dapat.dengan orang yang ramai GILA! bersesak-sesak di setiap penjuru kedai..kalau tak ramai..dah lama aku borong coklat kat HJ ISMAIL GROUP tu.. pergi makam mahsuri dengan beras terbakar je..itupun buang peluh je.pada pandangan saya..tempat tu menarik..tapi tak cukup menarik perhatian saya secara peribadinya..ewwah..aku kan komentar bertauliah..tak sempat pergi pantai ke cable car ke disebabkan kesuntukan masa.haishhh

kemudian minggu berikutnya..bertubi-tubi majlis kahwin..sehari sampai dua kali.siang dan malam.selamat pengantin baru untuk kawan ku Nurina Fauzan (26dis), jiran ku kak Farah (26dis) dan sepupu ku kak Nurul (27dis). kak Tiza (19dis) aku punya senior.

cerita-cerita aku memang dah lambat untuk di kongsi pun. tapi...lantaklah!
selamat tinggal 2009! semua kenangan kita bersama akan aku sematkan dalam sanubari..ewwah!

dan kini..kemunculan 2010 yang mendebarkan.
umur bertambah satu..
kerja bertambah banyak..
komitmen yang menggunung
azam?
tak pernah terlintas untuk berazam
cuma berdoa dan berharap mampu mengekalkan iltizam untuk mencapai kejayaan
semoga tak goyah hati..tak hilang pedoman..tak lalai..dan terus waras.
amin ya rabbana alamin...

No comments: