Monday, October 19, 2009

ubat kuat!

dah lama tak bercorat-coret lepas last entry yang bertarikh bila aku pun tak ingat..tapi dalam bulan september..
tuu laa..orang blogging..kau pun nak jugak..amalina..amalina..apelah kau ni! takde individualism.
tapi..nak update..MALASSS!!
aku bukan malas..aku SIBUKKKK..ah! alasan!

tapi inilah hakikatnya..kerja kilang..memang tak merasa nikmat hidup..pagi masuk kerja jam 6 pagi.. balik 6 petang..balik dah penat..mata jeling-jeling katil je. tapi memikirkan badan belum sental..baju belum gosok..perut belum isi..kena gagahkan juga..taw-taw dah jam 10 malam.memang waktu tepat untuk tidur! berita-berita terkini jangan harap lah nak update..memang aku akan lambat tahu..surat khabar aku belek hujung minggu sahaja..
memang 24jam sehari rasa tak cukup..12jam duduk dalam kilang..hujan ribut panas terik aku taktaw ape yang jadi kat luar..
apa bley buat..bak kata azwan abdullah..DAH TAKDIRRRR..

aku mencari ubat kuat.
yang bley menguatkan mata.
menguatkan tenaga untuk bangun pagi
menguatkan diri untuk gosok baju
menguatkan tangan untuk menyuap makan dalam mulut.
menguatkan diri untuk belajar lebih dan lebih lagi.
menguatkan telinga bila kena bebel
menguatkan lidah biar kata-kata aku yang keluar yang sedap di dengar.
menguatkan bibir untuk senyum bila jumpa si mata kucing..meoowww~
menguatkan diri bila kena kerja untuk iqbal!
aduuhhh...
semoga aku terus kuat untuk semuaaaa!!

dilema aku belum berakhir..
antara itu dengan itu..
adakah mata yang bekerjasama dengan hati ini bley meyakin kan segala nya
adakah kerjasama mereka bley aku percaya..
adakah doa-doa dan harapan yang ada sesekali jadi nyata itu..satu yang realiti
adakah semuanya hanya fantasi dan ujian semata-mata..
kita tengaok nanti..

tapi hati aku dah tak sabar..
*phewww*


2 comments:

Anonymous said...

azwan abdullah tuh hensem tak?

p/s: menguatkan mata untuk melihat apa yang patot! hahahahahahah

-ejja ishak

.supertitans. said...

azwan abdullah is "farid kamil" cik ejjah..hahahahha! ofcos la ensem! aku lupa nk tambah yg menguatkan mata tuu..aahahahha!!