kalau sudi katakan sudi,
tidak lah aku ternanti-nanti,
kalau benci kata benci..
biarlah aku membawa diri
Monday, July 19, 2010
Friday, July 16, 2010
jemputan karaoke bersama saya!
Kini tlah kusadari
dirimu tlah jauh dari sisi
kutau tak mungkin kembali kuraih
semua hanya mimpi
ingin ku coba lagi
mengulang yang telah terjadi
tetapi semua sudah tak berarti
kau tinggal pergi
Adakah kau mengerti kasih
rindu hati ini
tanpa kau disisi
mungkin kah kau percaya kasih
bahwa diri ini
ingin memiliki lagi
kusadari kembali
ternyata semua khayal diri
kini kutau tak mungkin ada waktu
untuk mencintaimu lagi
mungkinkah kau percaya kasih
bahwa diri ini
ingin memiliki lagi
mungkinkah kau percaya kasih
bahwa diri ini
ingin memiliki
lagi...
Friday, July 2, 2010
dear friend;
dear "friend",
selepas beberapa ketika saya menjadi "obeserver" secara tak sengaja nya.. dapat di simpulkan di sini.."you're doing biggest major mistake!"
tak perlu expose kepada orang ramai tentang awak dan pasangan.
tak perlu beritahu orang ramai ada yang menggangu hubungan kalian.
tak perlu melepaskan geram, sakit hati, benci dan segala isi hati yang terbuku di laman sosial.
yanga pasangan nya pun satu hal..habis segala aktiviti harian di cerita kan.
kami meluat!
jangan sampai lupakan kawan-kawan..
dah nampak kesan-kesan sebab lupakan kawan ni kat awak.
saya tahu saya tak layak nak berkata-kata begini depan awak.
harap-harap awak sedar dari lamunan sebelum betul-betul terlambat.
sayang selasih lurut-lurutkan
sayang kan kekasih turut-turutkan
itulah awak, kawan!
Sunday, May 30, 2010
seorang rakan yang berstatus
akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba.
kawan aku yang bernama ayang dah pun menjadi milik "separa sah" kepada tunang beliau encik ISketambola.
tahniah dan selamat bertunang diucapkan kepada kalian.
huhu~
dalam sengal-sengal dia tu..dia jugak yang setel dulu.
macam tak pecaya ada jugak yang dia nak bertunang.
tapi bila dah nampak..haaaa..betul lah tu! sah! sahih!
dia dengan encik tunang tu sempoi je ber'aku' ber'kau'.
kadang-kadang laa..dalam diam-diam sape taw..bersayang..ber'i' ber'u' kaaann..takan nak tunjuk.
nnt aku sebilik la dengan tunang orang! haha~
lawak pulak rasa!
entah kenapa ehh..
kawan-kawan aku dah mulai menukar status.
masing-masing menambah tittle makwe orang laa..tunang orang laa..ada yang nak jadi bini orang pun ada..mak orang je aku blum jumpe lagi..harap-harap belum ada la kawan-kawan rapat aku berstatus mak orang. nanti ye kawan-kawan. aku belum ada status apa-apa lagi nih! single all the way................
kadang-kadang aku dah pandai rasa panas hati bila orang yang tah sapa-sapa ni tanya aku "bila nak kahwin?"
eh ehh..baru 23 tahun la! ayah aku kahwin umur dia 27..rileks je..
tu ayah aku laa..mak aku kahwin umur 24.hihi~
baru umur 23 tahun dah terasa bila orang tanya cmtu..klaw yang umur lagi lanjut tu di tanya macam tu..lagi terasa kann..
sepatutnya kita ni soal-soal macam tu jangan la di tanya..bukan nya tak mencari..cuma tak kena jodoh lagi..tu semua kan kerja ALLAH..awak nak sibuk kenapa..tunggu je lahh..klaw ada..ada lahh..klaw takda..nak buat macam mana.. yang pasti manusia ini di cipta berpasang-pasangan..
yang soleh ditemukan dengan solehah begitu jugak sebalik nya..
perempuan yang terlalu memilih tu bukan soal nya. sebab perempuan itu sendiri pasti tahu apa yang dia mahukan.
empunya diri yang berdoa adalah lebih mujarab. so, doa adalah jalan terbaik..apa-apa terjadi sekali pun..kembali lah kepada yang Maha Esa.
Friday, May 14, 2010
psychotic!
petang tadi..bersamaan khamis 13may 2010..kawan2 se'batch' masa foundation year datang bertandang kat rumah sewa kami ni..
nama je se'batch'..tapi dorg ni stud mechatronic.still sefakulti jugak laa..
nak di jadikan cerita..
kami se'batch' tapi dorg dah nak grad bulan 9 ni!
dorg dah habis belajar dulu!
sakit nya jiwa aku tengok mereka!
takda azab sebagai student lagi dah!
siap dapat offer untuk jadi permanent kat company dorang buat pratical lagi..
ada yang dah kena panggil untuk interview..
company bukan calang-calang..
masing-masing oil&gas company la..
company apa tah lagi..agak gah jugak laa
the moral of the story..
jumpa dengan mereka jadi macam psycho sikit.
dorang dah seronok dapat kerja.
aku n the gang tah macam mana la nanti..dapat tak kerja se'gah' mereka.
bakal bergelar "engineer"
wowww!
taaapiiii...dorang kata "student life is the best! dah kerja tak merasa nak enjoy sakan..nak gelak-gelak sampai pipi kembang-kembang.."
hmmmmmm~
Wednesday, April 28, 2010
erk~
ketegangan jiwa melanda!
tension sepanjang 2minggu..
final report pre thesis yang dah lapan juta kali agaknya kena reject..direject lagi..
cerewet betul supervisor aku!
tapi kawan-kawan aku kata..aku dapat supervisor yang bagus..berkaliber..membantu student.. memberi guidance tebaik..haha! yeke??
betul la tuuu,,sampai sakit jiwa aku tetiap kali kena mengadap printer..
pastu assignment ice plak..kena compiled semua kerja dari awal sem haritu hanta sekali..
kerja ice tu bukan calang-calang,,tengok lecturer plak..Prof Dr Ir Abdul Aziz Hassan..
bukan nya dari awal sem tu tak buat..bila tunjuk kerja kite kat Prof..ada je silap nya..kena betul kan..klaw dah kena betul kan..gamakny memang aku peram dulu laa...
tengook..dah hujung tanduk baru nak menggelabah! menggelabah doyak!
dengan final exam yang bakal menjelang tiba minggu depan..first paper..VIBRATION!
the killer is killing me!
nasib la 3 paper je sem ni..
apalah nasib aku sem ni..
sem depan dah final sem final year..
macam mana nak pulun ni?????
semoga aku beroleh hidayah..kembali fatonah..mahmudah..istiqomah..dan segala-gala mah lagi laaa...amiiiinnnn~
Wednesday, March 31, 2010
edisi bedah siasat
"kita ni macam bawang taw..satu busuk..esok-esok semua benjangkit busuk.."
aku dah nampak betapa busuk nya jiwa seseorang itu.
makhluk pelik itu..aduuhhhh..
aku bukan nak kata..aku pandai menilai orang..tapi bila ada jugak beberapa orang lain dah terkena dengan makhluk tu..sapa betul? aku salah ke?
nak cakap belakang sila kan..tapi jangan sampai balik kat tuan empunya diri.
awak ade kabel besar?
pengalaman awak "lebih"?
awak kena ingat asal usul awak..
makhluk..makhluk..
diri makhluk tu dah mula busuk.
sekarang..dia dalam usaha meluaskan jajahan takluk nya..
untuk cuba meng"condemmed" kami empat serangkai.
yelah..kami "baru"
"takde pengalaman" bersama orang lama..
itu semua tahiiikk!
klaw begitu..kenapa kami terpilih?
tak dinafikan..awak hebat..awak tahu apa kerja awak..
kenapa..awak tak pernah terpilih di kalangan mereka terpilih itu?
kalau lah makhluk itu bley jawab..huh!
awak tak pernah nak memberi sokongan secara mental, jiwa, rohaniah kepada mereka-mereka yang dikalangan awak jugak..
awak suka setuju bila "bos" secara ikhlas "tembak" kami..
awak cakap tak pernah fikir..
awak rasa awak betul?
come and fit in our shoes!!
biarlah!
aku hanya boleh doakan
semoga ALLAH TAALA sentiasa melimpah kan rahmat dan hidayah kepada makhluk itu.
semoga dia kembali sedar bahawa dialah punca bawang yang busuk itu.
dia bukan bawang..tapi dia adalah kulat, racun, fungus, bahan kimia atau apa saja yang telah menjakiti bawang-bawang lain nya.
masing-masing empunya mulut..
cakaplah!
cakap sampai puas!
dah sampai masa nanti..kalian diam!
dah sampai masa nanti..kalian diam!
aku dengar saja.
yang elok aku simpan.
yang BUSOK aku pijak-pijak!
hah!
astaghfirullah hal aziiimmmmm~
Subscribe to:
Posts (Atom)
